bahagianya bila banyak duit... |
Bismillahirrahmanirrahim......
Bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan aku
peluang utk terus berada di atas muka bumi ini…
Ini Tentang Orang kaya, Orang kaya dan Orang kaya....
kalau kita tanya kat setiap insan di muka bumi PINJAMAN
ALLAH ni "kau nak jadi kaya ke miskin??"
mesti dia akan jawab
“soalan jenis
apa yg kau tanya ni?? mesti lah
AKU NAK JADI
KAYA!!!!”
Memang haruslah kan....semua orang nak jadi kaya.....tak
nak hidup miskin.........
Aku sendiri pun...mengimpikan sebuah kehidupan yang
senang, tak perlu bersusah payah utk memiliki sesuatu...bahasa mudah dia..aku
nak kaya.....
Apa yang aku nak katakan di sini ialah..kita sebagai
manusia jangan lah terlalu membangga diri akan kekayaan yang kita
miliki...semua tu hanya pinjaman daripada Allah...harta kita adalah milik
Allah...jadi tak perlu kita nak membangga diri, bongkak dan sombong dengan
orang yang berada di bawah kita...
Mungkin dalam kalangan segelintir manusia di bumi ini
akan berfikiran bahawa semua orang kaya itu sombong, tak nak bergaul dengan
orang yang tidak setaraf dengan mereka yang hidup dengan kemewahan .Selalu
drama kat dalam TV pun, jarang ada cerita yang menunjukkan warga kaya yang
budiman . Aku pun pernah fikir macam tu.
Tapi tak semua orang kaya macam yang selalu kita fikir. Ada juga orang kaya
yang merendah diri dan tak mendabik dada dengan harta kekayaan diorang… Tak
sangka, betul betul aku tak sangka masih wujud manusia yang tidak tunduk pada
harta .
Nak cerita sikit, ada la seorang rakan ayah aku . Di
Pagoh, Muar . Memiliki 3200 ekar ladang yang di dalamnya dipenuhi dengan
pelbagai pokok herba dan didirikan sebuah restoran, resort, sauna, spa, kilang
mengekstrak minyak, juga kilang herba . 90 ekar tanah digunakan untuk PLKN .
Amat luas . Katanya, masa mula-mula beliau memajukan kawasan ladang tu,
memperuntukkan berbillion wang . Nak di jadikan cerita, beliau ni seorang
Billionaire. Hmmmmm…billionaire…Wow! Tapi, Alhamdulillah, beliau masih bersikap
rendah diri dan dan tak bermegah dengan
apa yang dia miliki, tak riak, juga berlembut ketika berbicara . Isteri beliau pun sama .
“Bila kita mati kita tinggal semua ni (harta), tak bawak
pun (masuk kubur).”Sambil gelak isteri beliau bercakap masa bersembang dengan
mak aku bila mak aku kata kat dia yang tempat ni begitu luas . Mana tak luas,
3200 hektar! Aku yang mendengar….MasyaAllah.. Biarpun kaya, tapi masih sedar
harta itu kurniaan Allah . Pinjaman daripada Allah . Syukur….
Ini la yang dikatakan orang kaya bertaqwa! Tak
bermegah-megah . Tak meninggi diri .
Sememangnya segala apa yang kita miliki adalah kepunyaan
Allah, pinjaman sebentar daripada Dia sebelum kita menghadap-Nya suatu masa
nanti …
Kadang-kadang ada juga segelintir manusia yang diuji
Allah dengan sedikit kesenangan di dunia sudah mula rasa bongkak, pandang
rendah dekat orang lain, berlagak , bagaikan separuh daripada dunia adalah
milik dia saja…
*Kayanya seseorang itu adalah ujian daripada Allah .
Miskinnya seseorang itu adalah juga ujian daripada Allah .
Dan ingatlah..kesenangan itu merupakan kesenangan yang
menipu…percayalah~
Oh ya, nama tempat tu Herbs and Spices Nasuha,
siapa-siapa yang lalu kat situ, singgah-singgah la . Try makan kat restoran
dia. Sedap dan cantik tempat tu . ^^v