Tubuhnya kaku. Dia menggeleng tidak percaya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Tubuh yang lengkap berbaju tidur labuh berwarna pink pemberiannya direnung. Dia mula melangkah longlai mendekati tubuh itu. Dia terduduk. Fikirannya kosong. Adnin Nadia meraung di situ sambil mendakap tubuh yang tidak bernyawa itu. Kepalanya dipenuhi dengan darah. Kelihatan kulit kepalanya yang terkoyak dan tangannya patah. Darah tidak berhenti mengalir. Adnin Nadia cuba menahan darah itu dari terus mengalir. Ditekup kulit kepala itu dengan tangannya. Semoga darah akan berhenti mengalir. Tubuh itu didakap erat. Apa yang berlaku? Baru sebentar tadi dia pulang dari biliknya selepas berjumpa dengannya.
"Jangan tinggalkan saya, awak. Tolong..." Adnin Nadia merayu. Wajah itu ditatap penuh kasih. Dikucup dahinya perlahan. Diusap kepalanya yang penuh dengan darah pekat. Tersedu-sedu dia menangis.
"Awak mesti sejuk," Adnin Nadia cuba mencari sesuatu yang dapat menyelimuti kaki tubuh itu yang terdedah hingga lutut. Matanya melilau. Tiada apa yang dapat dia lihat dalam kegelapan malam itu. Hanya kesamaran cahaya bulan menerangi pandangan. Namun dia tidak berputus asa.
"Awak mesti sejuk.." Mulutnya tidak berhenti dari mengulangi perkataan itu. Dia bingung. Kosong.
"Nadia..." Satu suara memanggilnya. Adnin Nadia tersentak. Tubuh tadi sudah hilang dari dakapan. Adnin Nadia bingung. Dia kaget. Lantas dia bangun, memandang sekeliling mencari arah suara itu.
"Nadia... Saya kat sini..." Suara itu bersuara lagi memanggilnya. Adnin Nadia menoleh belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat tubuh itu tadi sedang berdiri di hadapannya. Adnin Nadia menyeka air matanya. Dia tersenyum memandang kelibat itu. Wajahnya pucat lesi. Nampak tidak bermaya. Dia melangkah ke arah tubuh itu.
"Siapa yang buat awak macam ni?" Soal Adnin Nadia dalam sedu yang masih bersisa. Kelibat itu tersenyum pahit. Matanya tidak memandang tepat ke arah Adnin Nadia.
"Tolong saya Nadia..." pinta kelibat itu. Nyaring suaranya. Dia mula menangis perlahan. Adnin Nadia bingung. Dia cuba mendapatkan tubuh itu. Namun tangannya tidak dapat menggapainya. Dia menggelengkan kepala.
"Tolong saya..." pintanya lagi. Sayup kedengaran suaranya sebelum kelibatnya hilang dalam kepekatan malam.
"Jangan tinggalkan saya awak!" Adnin Nadia menjerit memanggil kelibat itu sambil tangannya menggapai-gapai ke arahnya. Kelibat itu semakin menghilang dari pandangan. Dia menangis semahu-mahunya.
"Tolong jangan tinggalkan saya! Saya sayangkan awak...."
****
"Yuna!!" Adnin Nadia menjerit memanggil nama gadis itu. Dia bangun dari tidurnya. Dia terduduk lemah sambil menyandar pada birai katil. Dadanya berombak kencang. Mimpikah dia tadi? Peluh di dahi diseka. Yuna minta tolong? Adnin Nadia bingung. Dia menekup wajahnya. Tidak lama kemudian kedengaran suara esakan tangis. Dia pilu. Melihat Yuna terbaring lemah dipenuhi darah membuatkan hatinya terasa perit sekali. Bilik tiba-tiba menjadi terang.
"Kenapa ni Nadia? Kamu tak apa-apa ke?" Kak Sara dari bilik sebelah mendapatkannya. Terkejut dia tadi mendengar jeritan suara Adnin Nadia. Sempat melatah lah juga dia tadi. Tubuh Adnin Nadia dipeluk erat. Diusap-usap perlahan belakang Adnin Nadia. Membuatkan esakan tangis Adnin Nadia semakin kuat. Makinlah membuatkan Kak Sara bingung tambah lagi dengan perasaan risau.
"Nadia kenapa ni? Cerita kat akak.." Pujuk Kak Sara. Sayu pula melihat adik juniornya menangis teresak-esak begitu.
"Saya rindukan Yuna. Saya mimpikan dia tadi. Dia minta tolong dari saya.." ujar Adnin Nadia dalam esakan tangis. Kak Sara terkejut. Pelukannya dilepaskan. Matanya tepat memandang Adnin Nadia.
"Nadia. Akak tak mahu Nadia fikirkan pasal mimpi Nadia tu. Mimpi begitu hanya mainan tidur. Kerja syaitan tahu? Yang dah pergi tu tetap pergi, Nadia. Kita yang masih hidup ni teruskan kehidupan kita dengan elok." Kak Sara menasihati. Dia tahu kisah tentang Yuna. Bagi dia, perkara yang sudah lepas tidak perlu dikenang lagi. Hidup harus diteruskan. Tak perlu kita untuk terus berada di takuk yang lama. Terperangkap dengan kisah silam. Jika begitu bila mahu berakhir apabila hidup bergelumang dengan kisah lalu? Adnin Nadia hanya terdiam di sisi. Tangisannya kian reda.
"Sudah, tidur balik. Nak akak temankan?" Kak Sara mempelawa diri. Risau nanti Adnin Nadia meracau lagi dalam tidur. Adnin Nadia menggelengkan kepala. Dia membisu. Dia mimpi tadi adalah Yuna. Yuna bukan Syaitan. Adnin Nadia baring semula, membelakangkan Kak Sara. Entah kenapa dia bencikan kehadiran Kak Sara di situ.
"Kalau macam tu, kalau Nadia nak apa-apa nanti panggil akak ya." Adnin Nadia masih membisu. Matanya dipejam rapat. Kak Sara mengeluh. Dia bangun dari katil dan menuju keluar dari bilik itu. Dia menoleh sepintas lalu ke arah Adnin Nadia sebelum menutup suis lampu. Matanya terbeliak. Dadanya berdebar. Ya Allah! Kak Sara laju menutup suis lampu dan berlari laju ke bilik. Mahu gugur jantungnya melihat sesuatu kelibat sedang memeluk Adnin Nadia dari belakang.
*****
Matanya tertancap pada sesusuk tubuh comel yang baru sahaja keluar dari Masjid UIA. Laju kakinya melangkah mendapatkan sesusuk tubuh itu.
"Hani, tunggu jap!" Panggil Adnin Nadia tatkala melihat Azhani tergesa-gesa berjalan menuju ke perpustakaan. Dia menoleh ke arah suara itu lalu dia melambai tangan sambil melemparkan senyuman. Namun hatinya tidak berasa tenang saat melihat sesusuk tubuh Adnin Nadia. Terasa sesuatu yang lain ada pada gadis itu.
"Kenapa ni?" Soalnya apabila Adnin Nadia sudah berada dekatnya. Dia menjauhkan diri sedikit dari Adnin Nadia. Dadanya berdebar. Sungguh dia gentar tiba-tiba. Adnin Nadia tersenyum hambar.
"Aku nak tanya sesuatu kejap. Ada masa untuk aku?"
"Oh, aku ada study group dengan Hanan ni. Takut lambat." Azhani memberi alasan. Wajah di hadapannya di tatap penuh curiga. Terasa suatu aura yang sangat aneh datang dari Adnin Nadia. Mungkin perasaan aku sahaja. Azhani cuba menenangkan diri.
"Sekejap je Hani, aku nak tanya soal Yuna." Bagai mahu gugur jantung Azhani saat terdengar nama gadis itu. Dia menggelabah.
"Kenapa dengan arwah?" Soal Azhani dalam nada suara yang terketar-ketar. Tetapi dia cuba untuk bertenang.
"Kau orang yang terakhir kan jumpa dia sebelum dia dijumpai mati dekat bawah bangunan..." Soal Adnin Nadia. Suaranya perlahan. Sepasang mata bundar Azhani dipandang tepat. Azhani terkedu. Lidahnya kelu. Peluh mula menitik.
"Aku mohon kau jujur dengan aku." pinta Adnin Nadia apabila Azhani diam membisu tanpa menjawab soalannya.
"Nadia, dah lama arwah pergi, kenapa kau tanya benda ni?" Azhani bingung. Apa yang mahu Adnin Nadia lakukan sebenarnya? Kenapa nak bangkitkan lagi peristiwa lalu? Dia menggelengkan kepala. Memandang wajah Adnin Nadia dengan penuh tanda tanya. Dia mula menjauhkan diri dari Adnin Nadia. Mahu berangkat pergi ke perpustakaan. Adnin Nadia yang menyedari tingkah Azhani pantas menggenggam lengan Azhani. Azhani terpaku. Dia memandang wajah gadis di hadapannya yang kian suram.
"Sebab aku tak rasa dia mati bunuh diri." Kasar kedengaran suara Adnin Nadia namun masih perlahan. Tak mahu pelajar-pelajar yang berlegar-legar di situ terdengar perbualan mereka. Sekali lagi Azhani terkejut. Terpaku. Kelu. Melihatkan wajah tegang Adnin Nadia dan matanya yang kemerahan. Azhani menarik nafas panjang.
"Arwah, dia, selepas dia jumpa aku... Dia kata nak jumpa Fara Myra... Tu je, dekat mana aku tak tahu. Maaf Nadia, aku dah lambat ni." Usai Azhani melontar kata dengan pantas dia menepis tangan Adnin Nadia yang menggenggam lengannya kuat dan dia berlalu pergi dari situ. Kalau boleh dia mahu lari sekuat mungkin. Tak mahu berhadapan dengan Adnin Nadia lagi.
Dahinya berkerut. Dia bingung. Fara Myra? Untuk apa Yuna bertemu dengan Fara Myra? Adnin Nadia mendagu. Tak kanlah..... Tak, tak mungkin! Dia menggeleng kepala laju. Andaian karut yang menyinggah di minda segera dibuang jauh. Fara Myra bukan pembunuh! Dia kenal Fara Myra sahabatnya yang manja itu. Ya. Fara Myra seorang yang manja dan ceria, jadi tak mungkin. Yuna dan Fara Myra, memang tak akan masuk dek akal jika difikir walau beribu kali. Bahkan tiada sebab untuk Fara Myra berbuat demikian. Adnin Nadia menghela nafas. Mengeluh. Perkara menjadi rumit tiba-tiba. Untuk apa Fara Myra bertemu dengan Yuna sebelum kejadian pedih itu berlaku harus dia selidiki. Tidak tenang hatinya setelah Fara Myra muncul di benak fikiran. Dia sayangkan Fara Myra, jadi dia tidak mahu perkara yang mustahil itu menjadi realiti.
****
*FLASHBACK*
"Tolong! Tolong!" Pekik seorang wanita yang agak berumur. Dahinya berpeluh. Wajahnya risau. Matanya melilau sekeliling minta simpati pada mereka yang berlegar-legar di Central Market tersebut. Mahu dikejar makhluk itu, badannya sudah tua. Dia tidak larat. Dia hanya mampu berdiri di situ sambil menjerit. Orang sekeliling hanya memandang sambil berlalu pergi. Tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Begitulah sikap sesetengah manusia yang lebih mementingkan diri dari menghiraukan perihal orang lain. Bak kata pepatah jangan dijaga tepi kain orang. Mentaliti orang Melayu memang begitu, hanya beberapa sahaja yang prihatin. Cuba membantu jika perlu. Melihat seorang mak cik tua di ragut juga mereka bagai tidak ambil kisah. Ada juga yang berfikiran, jika mereka masuk campur mereka juga yang akan menerima tempias bencana di kemudiannya.
"Kenapa mak cik?" Soal seorang gadis bertudung ayu. Simpati melihatkan keadaan wanita tua tersebut. Wanita tua itu menudingkan jari ke arah hadapannya, kelihatan sesusuk tubuh yang semakin jauh dari pandangan sedang melarikan diri sambil menyandang beg tangan. Gadis itu sudah mengagakkan sesuatu. Pencuri! Perompak! Peragut! Tak boleh dibiarkan ni. Perempuan pulak tu! Marah gadis bertudung itu dalam hati.
"Mak cik jangan risau, mak cik tunggu je kat sini ya." Ujarnya dengan penuh keyakinan sambil menggenggam erat tangan wanita tua itu. Cuba untuk menenangkan sedikit kerisauan di hatinya. Wanita tua itu mengangguk perlahan. Gadis itu laju berlari mengejar sesusuk tubuh tadi yang semakin jauh dari pandangan. Mujur pergerakan sesusuk tubuh itu agak terbatas akibat kesesakan manusia di situ. Mudah untuk dia mengejarnya. Gadis itu tersenyum sinis. Ah. Ini kacang untuk aku. Aku Yuna! Bekas olahragawati sekolah! Dengan pantas Yuna sudah semakin hampir dengan suspek. Badannya yang kecil itu memudahkan lagi untuknya menyelit di antara manusia yang bersesakan di situ. Matanya tajam memandang beg tangan yang disandang suspek tersebut. Tanpa membuang masa dia menarik beg tangan itu dengan kuat hingga menyebabkany suspek tersebut jatuh tersungkur. Yuna tersenyum puas. Padan muka! Beg tangan bertukar tangan. Si suspek memandang tajam ke arah gadis di hadapannya. Dia bangun dari jatuh. MashaAllah malunya! Mana nak letak muka ni?? Gadis di hadapan yang memegang erat beg tangannya di jeling dengan jelingan paling tajam. Setajam pisau di dapur. Pelik sungguh, kenapa dia ditarik hingga jatuh begini?
"Awak ni kenapa main tarik-tarik?!" Marah Adnin Nadia. Baju dan seluarnya di kibas-kibas dari debu kotoran dengan kedua tangannya yang kelihatan ada beberapa kesan calar dan luka akibat cuba menahan wajahnya dari tersembam di atas jalan. Nafasnya cungap. Penat berlari. Wajahnya berkerut. Matanya masih melilau dan mencari-cari kelibat yang dikejarnya tadi.
"Amboi! Dah meragut beg makcik nak tanya-tanya lagi kenapa?!" Marah Yuna pula. Dia bercekak pinggang di situ. Memandang Gadis itu dari atas ke bawah. Nampak macam seorang yang berpelajaran. Gumamnya. Adnin Nadia membuntangkan mata. Gadis dihadapannya ditatap bagai tidak percaya dan penuh tanda tanya. Sumpah ini satu mimpi! Aku dituduh meragut? Adnin Nadia mahu membalas kata namun dia baru tersedar akan punca utama kenapa dia berlari sekuat hati tadi. Tadi dia lari arah sana. Fikir Adnin Nadia. Semoga dia tidak jauh. Peragut yang sebenar harus ditangkap. Adnin Nadia tidak mengendahkan lagi gadis dihadapannya itu. Dia terus berlari ke arah yang dia maksudkan tadi. Yuna terkejut. Suspek melarikan diri! Tanpa membuang masa, dia mengejar gadis yang melarikan diri itu.
Yuna hanya terdiam malu disitu sambil melihat gadis yang dianggap meragut beg wanita tua itu tadi memulangkan beg tangannya. Wanita tua itu tersenyum syukur, sudah acap kali dia mengucapkan terima kasih kepada dua orang gadis yang sudi menolongnya.
"Terima kasih sekali lagi ya nak, kalau tiada kamu berdua ni, tak tahulah apa akan jadi pada makcik sekarang ni, semua benda penting ada dalam beg ni. Buku akaun bank Islam, MayBank, kad bank Islam, IC makcik, lesen kereta makcik, surat beranak, purse makcik..."
"Takpe makcik, takpe, Alhamdulillah tadi peragut tu tersungkur kat jalan, dapatlah kami menangkapnya. Allah nak bantu Makcik tu." Ujar Adnin Nadia. Patutlah berat yang amat beg makcik ni, macam macam dia letak. Terfikir pula dia bagaimana peragut itu tadi dapat berlari jauh sambil menjinjing beg tangan tersebut. Adnin Nadia tergelak kecil di dalam hati. Sempat dia menjeling gadis disebelahnya yang terkebil-kebil. Yuna yang perasankan akan jelingan Adnin Nadia pantas memandang ke arah lain. Dia tunduk. Malu mahu menghadap wajah gadis yang dituduhnya meragut.
"Marilah nak, Makcik belanja minum, kamu berdua pasti haus selepas berlari jauh, itu je yang makcik mampu nak balas jasa kamu berdua." Wanita tua itu mempelawa. Sungguh hanya itu yang mampu memandangkan ekonominya agak tidak stabil. Wajah Yuna menjadi ceria dengan pelawaan wanita tua itu. Dia tersenyum lebar. Tahu pun makcik! Adnin Nadia menggelengkan kepala perlahan sambil tersenyum ke arah wanita tua itu.
"Takpe makcik, kami ikhlas membantu. Makcik simpan sahaja duit makcik tu." Adnin Nadia menolak pelawaan wanita tua itu. Dia tidak mahu menyusahkan. Melihatkan keadaan wanita tua itu, dia sudah dapat mengagak wanita tua itu bukan dalam golongan orang yang senang. Yuna terkejut dengan jawapan gadis itu. Dia mencebik. Rezeki mana boleh ditolak! Hampeh! Secara automatik tanpa dia sedar, lengan gadis itu dicubit kuat. Adnin Nadia mengaduh sakit. Namun masih dapat menyembunyikan kesakitan dari wanita tua itu. Sempat dia menghadiahkan satu jelingan tajam pada gadis itu. Yuna tersedar dengan tindakan diluar sedarnya. Dia tertunduk malu. Rasa bersalah dengan tindakannya tadi. Haishhh...
"Semoga Allah memberkati kamu, nak. Kalau macam tu makcik pergi dulu. Terima kasih sekali lagi ya nak." Bagai mahu menitis air matanya saat mendengar kata Adnin Nadia. Sungguh baik budi pekertinya. Seandainya dia punya anak lelaki, pasti gadis itu yang akan dirisiknya menjadi menantu. Namun sayang, Allah cuma menganugerahkan anak perempuan buatnya seramai enam orang. Pasti ada hikmah.
Suasana bising di sekitar warung tepi jalan itu. Kedengaran suara manusia berborak sesama mereka. Rancak berbual dan ketawa membincangkan suatu perihal. Hanya dua susuk tubuh itu yang diam membisu. Adnin Nadia memandang gadis itu sambil bersimpul tangan. Marah wajahnya. Gadis itu masih tertunduk. Dia tahu dia berada dalam kedudukan orang yang salah dan patut dihukum. Memang itu salahnya sesedap hati menuduh orang meragut.
"Tadi awak tuduh saya meragut. Setelah itu awak tarik beg saya sampai saya terjatuh. Dan selepas itu pula awak cubit pulak lengan saya. Any explanation?" Adnin Nadia mula bersuara.
"Maafkan saya. Maaf, maaf, maaf." Ujar Yuna. Matanya masih memandang bawah. Tidak berani mahu menghadap Adnin Nadia.
"Tuduhan awak tu saya boleh terima, mungkin awak salah faham. Tapi kes awak secara tiba-tiba mencubit lengan saya, itu saya tak faham. Any explanation?" Soalnya lagi. Sudah terkeluar karakternya sebagai pelajar undang-undang. Yuna menelan liur. Mahu dicerita dia malu. Takkan mahu diberitahu sebab dia haus, jadi dia marah bila gadis itu menolak pelawaan makcik? Ishh. Malu!
"Er.. Itu.. Em, saya haus tadi. Bila makcik tu pelawa minum, saya suka. Tapi awak tolak pelawaan dia, jadi saya marah. Lepas tu, tu lah. Saya... Tercubit awak. Saya tak sengaja! Maaf! Maaf! Maaf!" Usai Yuna menghabis kata Adnin Nadia menghamburkan tawa. Hingga mengalir air matanya. Sungguh dia tidak menyangka gadis dihadapannya begitu lurus. Tapi comel. Serius dia tidak pernah lagi bertemu manusia yang sebegini.
"Kenapa gelak?"
"Sebab lucu." Kata Adnin Nadia dengan tawa yang masih bersisa. Yuna tersenyum bagai kerang busuk. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Itu salah saya. Maaf, maaf, maaf." Ujarnya lagi sambil menundukkan kepalanya sedikit tanda dia betul-betul rasa bersalah. Adnin Nadia tersenyum.
"Takpelah. Saya dah maafkan lama dah. Cumanya, beg saya tu bila awak nak pulangkan?" Soal Adnin Nadia sambil memuncungkan mulutnya ke arah beg tangannya yang masih digenggam erat oleh gadis itu. Yuna agak terperanjat. Wajah gadis itu ditatap bersilih ganti dengan beg tangan yang berada disisinya sejak tadi.
"Eh! Saya terlupa! Maaf! Nah!" Pantas beg tangan itu dihulurkan pada Adnin Nadia dengan kasar. Hampir terkena pada wajah Adnin Nadia. Mujur dia sempat mengelak. Yuna membuntangkan mata. Dia mengetuk kepalanya perlahan. Marah dengan sikap sendiri. Dia bangun dari duduk dan menundukkan kepalanya.

"Maafkan saya sekali lagi. Saya terkejut dan tak sangka saya masih memegang beg awak ni. Maafkan saya!" Tangannya masih menghulurkan beg tangan tersebut.
"Dah, dah. Duduklah. Tak kena pun." Adnin Nadia menyambut beg yang dihulurkan. Dia gelak dalam hati. Lucu. Tanpa membuang masa Adnin Nadia mengangkat tangan pada seorang pelayan di situ. Dengan pantas pelayan itu datang ke arah mereka. Yuna hanya memandang.
"Saya nak Milo ais kurang manis. Awak?" Soal Adnin Nadia pada gadis dihadapannya. Yuna terkebil-kebil.
"Awak nak minum apa? Tadi kata haus?" Adnin Nadia menyoal lagi dalam nada perli, dia tergelak kecil. Yuna tersengih.
"Sama macam dia, tambah air kosong satu ya," ujarnya. Pelayan itu laju mencatit. Kemudian dia berlalu pergi.
"Milo ais kurang manis dua!! Air kosong satu!!" Jerit pelayan itu tadi yang masih tidak jauh dari Adnin Nadia dan juga Yuna. Kedua dua gadis itu terperanjat. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Kemudian mereka ketawa. Menggelakkan ekspresi wajah terkejut masing-masing.
"Masih belajar ke?" Soal Yuna. Dia semakin tenang. Tidak menggelabah seperti tadi. Air milo ais yang baru sampai itu tadi disedut perlahan. Adnin Nadia membuang straw yang berada di dalam gelas air milonya. Kemudian dia meneguk laju air itu. Apabila dirasakan dahaganya mula hilang, dia menghentikan tegukan. Masih ada sedikit air yang tinggal bersama ketulan-ketulan ais. Dari tadi dia menahan dahaga. Gelas diletakkan di atas meja penuh sopan. Wajah Yuna yang agak terkejut dipandang. Dia tersengih.
"Haus." Katanya ringkas. Yuna tergelak di situ. Kemudian dia mengulangi tingkah Adnin Nadia, air milo ais diteguk laju. Ah, puas! Hilang rasa dahaganya tadi. Mereka ketawa. Dengan pantas mereka sudah menjadi rapat. Pelik buat Adnin Nadia, jarang dia mahu berkawan dengan orang yang baru dikenali. Bahkan, di dalam kelas, ada juga sesetengah rakan yang dia masih belum berkawan rapat lagi. Tetapi dengan gadis dihadapannya, lain kisahnya. Mungkin kerana sikapnya yang ceria. Adnin Nadia tersenyum. Ya, dia seorang gadis yang sangat ceria dan comel.
"Tadi awak tanya apa?"
"Nama awak." Yuna menyoal. Soalan yang lain dari soalan pertama tadi.
"Oh. Adnin Nadia. Panggil lah apa yang awak suka, kawan kat U panggil Nadia. Awak?" Giliran Adnin Nadia pula menyoal.
"Kalau macam tu saya panggil awak Nadia je lah. Nama saya Yuna. Panggil Yuna." Yuna tersengih. Adnin Nadia tersenyum. Matanya beralih arah pada beg tangannya. Dia menyeluk di dalam. Mencari sesuatu. Dia tersenyum saat mencapai beg duitnya. Beg duit dikeluarkan. Pelayan dipanggil.

"Berapa semua?" Soal Adnin Nadia pada pelayan. Yuna agak tersentak. Dia nak belanja ke?
"Eh, awak nak bayarkan saya punya sekali ke?" Soalnya inginkan kepastian. Adnin Nadia hanya mengangguk sambil tersenyum.
"RM3.20 sahaja kak," Adnin Nadia membuka beg duitnya. Yuna yang masih terkebil-kebil agak terkejut saat terpandangkan suatu kad di dalam beg duit Adnin Nadia. Adnin Nadia menghulurkan not RM5 pada pelayan tersebut.
"Eh! Awak pon sama?!" Soal Yuna separuh menjerit. Adnin Nadia menjadi pelik dengan soalan Yuna.
"Apa yang sama? Beg duit? Normal lah kalau sama, tiruan. hehe" Dia tersengih sambil membelek-belek beg duit pinknya yang dianggap comel. Terdapat teddy bear kecil yang disulam di sebelah kiri beg duit tersebut. Teddy bear tersebut diusap perlahan. Dia tersenyum. Comel!
"Bukan. Awak pun belajar kat UIA?" Soal Yuna. Laju. Sungguh dia tak sangka jika Adnin Nadia juga adalah pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Adnin Nadia mengangguk laju. Yuna tergelak kuat.
"Daebak! Saya pun UIA juga, kos Engineering, awak kos apa?" Soalnya lagi. Makin teruja pula dia. Adnin Nadia juga menjadi teruja mendengarkan Yuna juga pelajar UIA.
"Saya pelajar undang-undang!" Katanya bangga. Dia tersenyum.
"Wahh! Patutlah... Hebat-hebat! Boleh menegakkan keadilan!"
"InshaAllah boleh. Apa yang patutlah?" Adnin Nadia pelik. Dia ada rupa seorang peguamkah?
"Gaya awak menyoal saya tadi memang ada gaya seorang peguam." Yuna tersengih sambil mengenyitkan mata. Teringat ketika Adnin Nadia menyoalnya tentang tuduhan ragut tadi. Adnin Nadia tergelak. Dia menutup muka. Malu pula jadinya. Dia tidak perasan akan tingkahnya. Mungkin itu karakter semula jadi apabila bergelar pelajar undang-undang. Baru melangkahkan kaki ke Foundation UIA memang agak teruja dan bersemangat, Adnin Nadia risau sekiranya sifat teruja dalam dirinya makin pudar tatkala menjejakkan kaki ke Main Campus di Gombak nanti. Mengikut pada pengalaman para seniornya di blog, pelajar undang-undang di Gombak bagai tiada life. Tiada masa untuk diri sendiri. Sibuk dengan assignment yang melambak dan perlu menghadap subjek yang dua kali ganda lebih susah. Adnin Nadia menjadi takut apabila membayangkan dirinya di dalam penjara UIA. Dia perlu keluar dari UIA sekurang-kurangnya dua kali semingggu, kalau tidak dia mudah didatangi tekanan yang mega hebat. Itulah dirinya. Kerana itu dia di Central Market dihujung minggu ketika ini. Untuk menghilangkan tekanan yang mula bersarang.
"Tahun keberapa?" Soal Adnin Nadia.
"Baru masuk, tahun pertama. Sweet 18." Yuna tersengih.
"Sama!" Makin teruja Adnin Nadia. Begitu juga Yuna. Perbualan mereka semakin rancak. Soal facilities di UIA turut sama diselitkan dalam perbincangan. Begitu serius mereka berbincang perihal UIA dan pelajarnya. Dan akhir sekali mengenai kesusahan course yang mereka ambil.
"Dah jadi peguam, awak kena tegakkan keadilan tau. Sebab saya tengok sekarang ni banyak mangsa yang masih tak dapat pembelaan. Suspek masih bebas berlegar-legar kat luar. Mangsa pula masih dihantui dengan kejahatan suspek. Mereka menjadi trauma. Contoh macam mangsa rogol. Tak pun keluarga mangsa pembunuhan. Kesian tau kat mangsa, sampaikan keluarga pun terlibat sama." Ujar Yuna. Meluahkan rasa kesal terhadap sistem yang dilaksanakan di Malaysia. Bukan dia tidak tahu masih ada beratus-ratus kes yang masih belum dibicarakan. Dan ada juga kes yang dilupakan akibat penangguhan siasatan dan penambahan kes yang baru. Bukan mahu menyalahkan sesiapa, namun sistem dan sikap perlu diubah agar Malaysia akan lebih aman dari segala ancaman. Dunia sudah tidak selamat. Adnin Nadia mengangguk faham. Memang itulah fokus utamanya untuk menjadi seorang peguam. Untuk menegakkan keadilan.
"InshaAllah. Awak doakan saya."
"Sudah pasti saya doakan awak!" Mereka tersenyum.
"Eh sekejap ya. Awak tunggu saya kat sini, jangan pergi ke mana-mana." Kata Yuna. Dia bangun dari duduknya. Adnin Nadia terkebil-kebil melihat Yuna semakin hilang dari pandangan.
10 minit kemudian....
"Nah." Plastik putih diletakkan dihadapan Adnin Nadia. Adnin Nadia terkejut dengan kehadiran Yuna dari belakang. Yuna tergelak. Plastik putih yang berisi itu dipegang.
"Apa ni?"
"Ubatlah."
"Ubat?" Yuna menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum.
"Tanda minta maaf saya pada awak sebab buat awak terjatuh." ujarnya. Adnin Nadia membelek ubat sapu dan kapas di dalamnya. Dia rasa terharu.
"Kenapa? Nak saya tolong sapukan? Meh sini.." Ubat sapu dirampas dari tangan Adnin Nadia. Penutupnya dibuka. Kapas diambil, dan kedua tangan Adnin Nadia dicapai. Adnin Nadia hanya membiarkan. Dengan penuh berhati-hati luka di tangan Adnin Nadia disapu perlahan. Mulutnya terkumat kamit. Kemudian ditiup tangan itu.
"Saya jampi bagi dia cepat sembuh." Ujar Yuna tanpa ditanya. Adnin Nadia ketawa melihat tingkah Yuna. Pelik juga dia tadi apabila Yuna secara tiba-tiba membisikkan sesuatu dan meniupnya. Baru hendak bertanya Yuna sudah terlebih dahulu memberitahu. Wajah Yuna direnung. Baru dia perasan dengan kecantikan wajah Yuna. Matanya pasti akan menjadi sepet apabila tersenyum. Comel.
"Terima kasih awak." Ucap Adnin Nadia.
"Sama-sama." Dagu Adnin Nadia dicuit. Yuna tersenyum. Membuatkan matanya menjadi sepet. Itu yang membuatkan wajah gadis itu ayu dan unik. Wajahnya yang mempunyai kacukan Cina itu sangat menawan dan menarik perhatian pada sesiapa sahaja yang memandangnya sehingga ramai pelajar lelaki di dalam kelasnya berlumba-lumba mahu mendapatkannya. Bukan dari kalangan pelajar jurusan kejuruteraan sahaja yang mencuba, bahkan dari jurusan lain juga seperti Medic dan Law. Ada yang sudah ditolak lamarannya namun hingga kini masih tidak berputus asa mencuba. Yuna menganggap mereka hanya bertaruh sesama sendiri kerana itu mereka tak berputus asa. Yuna rimas.
"Lepas ni jangan lost contact ya. Saya suka berkawan dengan awak." Laju mulutnya melontar kata. Dia tersenyum manis sambil merenung gadis dihadapannya. Adnin Nadia agak tersentak. Namun kemudian dia menganggukkan kepala dan membalas senyuman.
"Satu U kan. Senang nak jumpa." Adnin Nadia mengenyitkan mata.
"Senang nak date!" Yuna mengekek ketawa. Adnin Nadia menampar lembut bahu Yuna. Dia turut sama ketawa.
'Dia. Gadis asing pertama yang mampu membuatkan aku tersenyum seharian ini.'
********
"Eh Nadia, buat apa kau kat sini? Tak ada kelas ke?" Soal Fara Myra saat melihat sesusuk tubuh Adnin Nadia yang sedang duduk disebuah bangku berhadapan dengan kelas Aikol 3.4MM. Jam di tangannya dikerling laju. 11.00 pagi. Dia baru tamat kelas Transaction in Islam ketika itu. Dan sebentar lagi dia harus menghadiri kelas Law of Contract pula. Dia mengeluh. Pelajar lain mula galak bersembang dan berlegar-legar di situ dan ada juga yang berjalan laju untuk bergegas ke kelas yang seterusnya. Fara Myra mengambil tempat bersebelahan Adnin Nadia.
"Nadia, kenapa kau ni?" Soal Fara Myra lagi. Pelik. Adnin Nadia tiba-tiba muncul di hadapan kelasnya itu memang sesuatu yang amat pelik. Diwaktu-waktu begini sepatutnya Adnin Nadia masih ada kelas. Kelas Law of Tort barangkali. Ya, dia memang tahu serba sedikit jadual kelas Adnin Nadia. Fara Myra memandang wajah Adnin Nadia yang agak tegang. Serius. Insiden di restoran KIS tempoh hari tiba-tiba menerjah fikiran Fara Myra. Mungkin Adnin Nadia mahu memohon maaf. Fikirnya.
"Aku nak tanya sesuatu pada kau.." ujar Adnin Nadia. Suaranya mendatar. Wajah Fara Myra ditatap. Kata-kata Azhani pagi tadi masih berlegar-legar difikiran. Aku harap bukan Fara Myra.
"Tanya apa ni? Seriusnya muka kau. Janganlah, menakutkan aku je lah. Tak comellah kau macam ni tahu tak?" Fara Myra berseloroh. Cuba menyembunyikan getar di hati. Ada sesuatu yang tidak kena pada Adnin Nadia hari ini. Ada sesuatu.... Adnin Nadia menarik nafas panjang. Dia melihat sekeliling. Orang ramai masih berlonggok di sesuatu sudut. Menunggu kelas yang seterusnya. Masing-masing berlumba untuk duduk di hadapan. Pelajar cemerlang kan memang begitu sikapnya.
"Tapi aku rasa tempat ni tak sesuai. Kau ada masa untuk aku?" Adnin Nadia bangun dari duduknya. Fara Myra mendongak memandang Adnin Nadia. Dia mengerling kejap jam di tangan.
"Ada.."
"Hey Fara!" Panggil satu suara. Fara Myra tersentak. Terkejut dengan terjahan seseorang dari belakang. Amira Soufi tersengih memandang Fara Myra yang mempamerkan wajah garang padanya.
"Alahai, tak payah nak buat muka garang sangat. Tak memberi kesan kat hati aku ni pun." Ujar Amira Soufi. Fara Myra mendengus. Wajah Amira Soufi ditampar lembut. Kemudian dia tersenyum. Adnin Nadia hanya memandang sepi dua orang rakan itu. Tidak terlintas difikiran mahu menegur Amira Soufi. Rakan kelas Islamic Lawnya selepas ini. Amira Soufi memandang Adnin Nadia, dia mengukirkan senyuman dan mengangguk sedikit. Adnin Nadia hanya tersenyum hambar. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Amira Soufi agak tersentak. Fara Myra perasan akan perkara itu.
"Eh Mira, aku ada hal ni dengan Nadia. Nanti kita jumpa ya, kita lunch sama dekat Kafe." Tangan Amira Soufi digenggam erat. Matanya mengisyaratkan sesuatu. Kepalanya dianggukkan. Tanda memohon maaf atas perilaku Adnin Nadia sebentar tadi. Sungguh dia tidak menyangka Adnin Nadia akan bersikap dingin seperti itu terhadap Amira Soufi. Amira Soufi menggelengkan kepala dan tersenyum manis. Dia tidak ambil hati dengan sikap Adnin Nadia. Pasti ada dia ada masalah. Husnudzon itu lebih baik. Fara Myra tersenyum senang. Wajah Adnin Nadia ditatap, kemudian tangan Adnin Nadia ditarik untuk mengikut langkahnya. Adnin Nadia hanya menurut.
"Jom masuk kat kelas ni sekejap." Ajak Fara Myra. Kelas yang kosong di level 4 itu dimasuki. Mereka duduk dalam keadaan saling berhadapan antara satu sama lain. Lebih mudah untuk berbicara. Fara Myra tersenyum. Adnin Nadia seperti biasa, masih dengan wajah tegang dan seriusnya.
"Cepat tanya apa yang kau nak tanya, before kelas kita start." Adnin Nadia memandang wajah Fara Myra. Tepat ke arah sepasang mata bundar milik Fara Myra. Fara Myra tersentak. Dia rasa tidak selesa. Bulu romanya menegak. Perasaan gentar yang dia rasa sebentar tadi semasa di hadapan kelas hadir buat sekali lagi. Pintu kelas yang terbuka sedikit tadi dengan sendirinya tertutup tanpa kehadiran angin. Fara Myra memandang hairan pada pintu kelas itu. Itu.. Tak mungkin! Dia nampak kelibat Yuna sedang merenungnya sebentar tadi diluar kelas. Tak mungkin! Fara Myra lantas bangun. Jantungnya berdegup kencang.
"Fara Myra. Duduk." Kata Adnin Nadia tegas. Dalam keadaan yang masih bingung dan tidak percaya Fara Myra menurut kata Adnin Nadia. Tadi tu Yuna. Aku pasti.
"Sekarang, aku nak kau jujur dengan aku. Aku tahu kau ada berjumpa dengan Yuna sebelum kejadian tu kan?" Sekali lagi Fara Myra tersentak. Ya Allah. Apakah ini? Wajah Adnin Nadia dipandang. Lidahnya kelu. Fara Myra langsung tidak berganjak. Jarinya menguis-nguis bawah meja. Dia hilang kata-kata. Satu persatu insiden yang berlaku ketika itu mula muncul dalam ingatan. Dia tak salah! Fara Myra menggelengkan kepala. Tubir matanya mula menghasilkan manik-manik jernih.
"Fara Myra! Kalau kau jujur aku tak akan apa-apa kan kau!!" Adnin Nadia mula hilang sabar. Dia bangun dari duduknya, laju dia mendekati Fara Myra dan tengkuk Fara Myra diterkam kuat. Cuba menghalang pernafasan Fara Myra.
"Aku tak tahu lepaskan aku Nadia, lepaskan." Suaranya tersekat-sekat. Sungguh dia gerun. Bukan Adnin Nadia yang dia lihat sekarang ini. Ya Allah, bantulah aku. Tangisannya mula kuat. Dia meronta-ronta.
"Kau tanya Mutiara aku tak tahu tolong Nadia lepaskan aku." Adnin Nadia terkejut. Perlahan-lahan tangannya melepaskan terkaman tangannya pada tengkuk Fara Myra. Mutiara? Kenapa Mutiara pula? Fara Myra tercungap-cungap. Dia menarik nafas pendek kemudian dihembuskan laju, diulang beberapa kali. Satu persatu nama sahabat-sahabatnya muncul. Yuna, Fara Myra, dan sekarang Mutiara Hanani? Selepas ini siapa? Ainah Shipah? Nur Sakinah? Matanya kembali tertancap pada Fara Myra. Dia mendengus kasar. Tengkuk Fara Myra diterkam sekali lagi.
"Kau jangan cuba nak menipu aku Fara. Aku tak suka!" Jeritnya. Adnin Nadia sudah hilang kawalan. Kepala Fara Myra dihentak kuat berulang kali ke atas meja kayu. Fara Myra semakin lemah. Fikirannya kosong. Kudratnya sudah tidak mampu melawan kekuatan Adnin Nadia yang dirasakan begitu luar biasa.
"Kenapa nak menipu aku Fara?!" Pekiknya lagi. Merah matanya.
"Aku tak tipu...." Hanya itu yang mampu terungkap dari bibir Fara Myra sebelum matanya tertutup. Terkaman di tengkuk dilepaskan semula. Tangannya menggeletar. Tubuh kaku dihadapannya dipandang kosong. Tangannya dengan perlahan memeriksa nadi Fara Myra. Dia terduduk lemah. Matanya membulat merah.
-TBC-