-->
skip to main | skip to sidebar

Qina Lee

Semua Kepunyaan aku, Hidup Aku, Diri Aku Adalah Milik ALLAH... Kerana Aku Adalah Hamba-Nya... Dan DIA Yang Hak Atas Aku =)

Random Quote

"In this life, we wont get all the things that what we expected we will get. Its 'EFFORTS' that's matters. And its depends on how hard we struggles and how many efforts that we put on it to achieves it. In the end, by all the sour bitter struggles that we have, there will be a sweet happy endings. Just don't ever give up. Allah is always there for us. He LOVES us. Trust me."

Words

Popular Posts

  • Chapter 1- Blind Love
                   S oyeon looked out of the windows. Its raining outside. She turned her head down and look at her wristwatch. Its 10 p.m....
  • Bab 1 - The Secret
                           Cuaca ni kadang panas. Kadang suam. Kadang pulak sejuk, dan ada juga pada suatu ketika cuaca itu nyaman. Kadan...
  • Bab 2 - The Secret
    Tubuhnya kaku. Dia menggeleng tidak percaya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Tubuh yang lengkap berbaju tidur labuh berwarna pink ...
gambling

08/06/2013

Bab 1 - The Secret

           


          Cuaca ni kadang panas. Kadang suam. Kadang pulak sejuk, dan ada juga pada suatu ketika cuaca itu nyaman. Kadang kadang tu pulak, tengah panas dia jadi sejuk. Namun hakikatnya cuaca sahaja yang berubah mengikut keadaan. Manusia tetap dengan kehidupan mereka sendiri. Melaksanakan tanggungjawab rutin harian mereka sebagai manusia di muka bumi. Setengah manusia asyik dengan dunia bagaikan dunia ini untuk selamanya. Mereka ketawa, mereka menangis. Mereka sayangkan dunia! Namun tidak untuk aku. Bagi aku dunia hanya membawa bencana. Langsung tidak membawa kebahagiaan. Kebahagiaan yang dikecapi dulu hanya untuk sementara. Untuk apa berjumpa dan bahagia sedangkan nantinya akan berpisah juga?? Lihat lah dunia kini. Lihatlah sendiri seramai mana manusia yang telah dirogol, di bunuh dengan kejam. Dunia tidak akan sunyi dari kekejaman manusia. Selagi ada manusia di bumi, selagi itulah kekejaman tidak akan berhenti dengan sendirinya…..


Aku bukan seperti cuaca yang kejap panas kejap sejuk. Aku adalah aku. Aku tak akan goyah. Sekali pun tidak. Aku akan cuba sedaya upaya mencari keadilan. Hanya ini yang aku mampu buat untuk dia. Hanya ini.

“Jangan patah semangat.. saya tahu awak kuat..”

Kata-kata yang selalu aku dengar. Yang sering membuatkan aku tersenyum kala aku menangis. Aku rindukan dia. Selagi aku bernafas. Aku akan cari dan bawa keadilan untuknya. Ini janji aku. Janji seorang Adnin Nadia….


Taipan tangannya terhenti disitu. Dijeling jam ‘Mickey Mouse’ berwarna pink di dinding. 10.30 a.m. Dia mengeluh lemah. Dia menutup komputer ribanya di sisi lalu dia bangun dari katil menuju ke locker untuk menyimpan komputer riba kecilnya. Leka menulis sehingga terlupa janji antara dia dan sahabat-sahabatnya untuk berjumpa pagi itu untuk makan tengah hari bersama-sama. Sahabat yang telah genap 10 tahun mereka bersama. Sejak dibangku sekolah rendah sehiggalah akhirnya mereka berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah unversiti tempatan bersama-sama.

                Adnin Nadia melangkah lemah menuruni anak tangga. Sebelum keluar dari bilik dia sempat meninggalkan sehelai nota kecil buat kakak seniornya, takut nanti dia risau tidak menentu. Kakak seniornya itu memang agak ‘protective’. Kadang-kadang rimas juga dibuatnya. Segala perkara harus dilaporkan pada kakak itu. UIA ini bahaya katanya. Bagi Adnin Nadia kalau nak dibandingkan UIA yang hanya bahaya dengan foreigner student, dunia di luar sana lebih merbahaya. Yang kita tak dapat nak jangka perwatakan manusianya. Manusia dan dunia sangat menyeramkan. Dunia kejam kerana manusia di dalamnya. Baik manusia baiklah dunia. Dan pada fikiran Adnin Nadia kalau sesuatu perkara itu mahu terjadi, dia tetap akan terjadi walau sejauh mana kita lari darinya. Kerana ia adalah takdir dari Tuhan. Kita tak dapat nak elak.

                Bas lambat lagi nak sampai ni. Getus Adnin Nadia. Dia mengeluh. Dia memandang sepi alam sekeliling di hadapannya. Dia menghirup udara pagi dan nyaman itu. Namun air matanya tiba-tiba bergenang. Adnin Nadia terduduk lesu. Hatinya perit mengenangkan si dia. Dia menepuk-nepuk perlahan dadanya. Berharap agar sakit di dalam dapat menghilang dengan segera. Dia menyeka air matanya yang mula menitis laju. Saya akan beri keadilan untuk awak. Tekad Adnin Nadia.



********


            Suasana di Restoran Kasih Indah Suci agak lengang hari ini. Biasanya waktu-waktu begini orang ramai sudah mula mengasak masuk. Sehinggakan kadang-kadang ada pelanggan yang terpaksa pulang tanpa sempat masuk ke restoran kerana melihatkan keadaan restoran itu yang penuh dan sesak. Restoran Kasih Indah Suci atau lebih dikenali dengan panggilan KIS itu memang terkenal dengan keenakan masakan melayu kampung mereka. Masakannya simple sahaja namun itulah yang menjadi kesukaan orang Melayu. Bangsa lain pun apa kurangnya, ramai juga yang kelihatan datang menjamu masakan Melayu. Masakan Asam Pedas Ikan Patin lah yang selalu menjadi pilihan pelanggan. Memang tak dapat nak dinafikan keenakannya. Sementelah itulah menu utama restoran KIS. Dan itulah juga tempat kegemaran 5 sahabat itu untuk meluangkan masa bersama. Mereka bercerita, mereka ketawa, segalanya bersama.

“Cuba kau call dia.. Kenapa lambat sangat ni…” soal Ainah Shipah. Sudah dekat setengah jam dia menunggu Adnin Nadia. Namun masih dia tidak kelihatan kelibat gadis itu.

“Sabar lah Enah. Kejap lagi sampai lah tu..” Nur Sakinah cuba menenangkan. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan Mutiara Hanani. Dia membuat isyarat. Mutiara Hanani mengangguk lalu mengeluarkan telefon bimbit Samsung S-3 nya. Cuba mendail nombor Adnin Nadia.

“Tak dapatlah..” ujar Mutiara Hanani. Tidak lama kemudian satu mesej masuk. Laju Mutiara Hanani membuka mesej tersebut dan membacanya. Mungkin Adnin Nadia. Wajahnya berkerut membaca mesej tersebut. Nur Sakinah perasan perubahan raut wajah Mutiara Hanani.

“Kenapa?” Soal Nur Sakinah. Wajahnya risau. Ainah Shipah datang mendekati Mutiara Hanani. Begitu juga Fara Myra yang sejak dari tadi berdiri bersimpul tangan di tepi meja.

“Celcom bagi mesej, dia kata Ara takde kredit..” ujar Mutiara Hanani. Dia tersengih-sengih memandang rakan-rakannya yang sudah menjeling tajam ke arahnya sambil membuat bunyi tidak puas hati.

“Ee, mengada betul budak ni.” Marah Fara Myra sambil menampar lembut pipi Mutiara Hanani. Dia tergelak kecil. Lucu melihat kerisauan rakan-rakannya. Ainah Shipah hanya terduduk diam di kerusi. Dahinya berkerut. Risau dia sebenarnya mengenangkan Adnin Nadia yang tidak sampai lagi. Dia melihat sekitar restoran. Mungkin Adnin Nadia sudah sampai. Dia mengeluh.

“Phone je mahal, tapi takde kredit.” Kata Nur Sakinah sambil tersenyum mengejek. Mutiara Hanani mencebik. Dia menayang-nayangkan telefon bimbit mahalnya sambil menjelirkan lidah. Fara Myra hanya gelak melihat kerenah rakan-rakannya. Malas dia mahu campur. Nur Sakinah tersenyum sinis. Dia mencapai beg tangan berwarna pinknya di atas meja. Perlahan-lahan tangannya mengeluarkan sesuatu.

“Tada!!” Jerit Nur Sakinah ceria. Dia ketawa. Mutiara Hanani membeliak mata. Tidak percaya. Kali ini giliran Nur Sakinah pula menjelirkan lidah mengejek Mutiara Hanani. Fara Myra laju mendapatkan Nur Sakinah dan duduk di sebelahnya.

“Daebak! Bila kau beli ni Kinah??” Soal Fara Myra sambil membelek-belek Iphone 5 milik Nur Sakinah. Nur Sakinah tersenyum bangga sambil bersimpul tangan. Dia mengangkat kening kepada Mutiara Hanani. Diam-diam Mutiara Hanani menyimpan telefon bimbit Samsung S-3nya di dalam beg tangannya. Namun perbuatannya dapat ditangkap oleh empat mata Nur Sakinah. Dia gelak.

“Tak yah la gelak-gelak,” Wajah Mutiara Hanani kian suram melihat Fara Myra yang sedang asyik membelek Iphone5 Nur Sakinah.

“Ada phone mahal tu, kenapa tak kau je yang call? Saje je kan suruh aku yang call, nak memperlekehkan aku lah tu..” Ujar Mutiara Hanani sebak. Nur Sakinah tersenyum meleret. Sengaja dia mahu menyakat Mutiara Hanani kerana dia sering menunjuk-nunjuk Samsung S-3nya itu.

“Alahai kau ni, Iphone 5 dengan S-3 takde beza pun lah. Tak yah nak sedih sangat. Keluarkanlah balik S-3 kesayangan kau tu..” Nur Sakinah tergelak usai menghabiskan kata. Ainah Shipah yang dari tadi hanya senyap bangun dari tempat duduknya secara tiba-tiba. Nur Sakinah, Mutiara Hanani dan Fara Myra serentak memandang Ainah Shipah.

“Assalamualaikum..” Adnin Nadia memberi salam. Tanpa menunggu salamnya dijawab dia mengambil tempat duduk di sebelah Fara Myra.

“Waalaikumussalam..” Mereka menjawab salam Adnin Nadia perlahan. Suasana menjadi dingin.

“Kenapa kau lambat? Tahu tak Enah risau gila kat kau..” Fara Myra memberitahu. Cuba untuk menghilangkan sedikit keganjilan suasana saat itu. Dia pelik. Kenapa perhubungan mereka menjadi begini secara tiba-tiba. Dia rindukan saat mereka bergelak ketawa dulu. Sebelum kehadiran orang itu. Fara Myra mendengus perlahan apabila teringatkan wajah itu. Wajah yang telah menyebabkan ikatan persahabatan antara mereka 5 sahabat menjadi renggang. Nur Sakinah memandang Adnin Nadia yang hanya diam membatu tunduk sedikit memandang meja. Seperti memikirkan sesuatu. Nur Sakinah mengeluh. Dia tahu hubungan mereka sudah tidak seperti dulu. Dia sedar itu. Kerana itulah dia beriya mengajak semua sahabatnya berkumpul di restoran kegemaran mereka itu. Untuk sama-sama meluangkan masa bersama. Walaupun pada mulanya Adnin Nadia menolak, namun apabila dipaksa baru dia bersetuju. Mungkin dengan cara itu hubungan mereka akan beransur pulih. Mungkin.....

“Oh..  maaf.” Hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Ainah Shipah terpaku. Tidak menyangka dengan kedinginan sikap Adnin Nadia. Air matanya mula bergenang. Sedih hatinya melihat rakan yang paling dia sayang antara mereka berlima hanya mengungkapkan kata maaf tanpa penjelasan lebih lanjut. Adnin Nadia yang dulu bukan seperti ini. Adnin Nadia yang dulu sangat ceria. Akan bercerita tanpa ditanya. Salah aku kah dia jadi begini?

“Err, okeh, jom order!” Nur Sakinah yang perasan akan suasana yang suram itu mula bersuara. Dia menyepak perlahan kaki Mutiara Hanani di bawah meja. Mutiara Hanani yang agak tersentak pada mulanya dengan sepakan Nur Sakinah mula mengangguk. Dia mengerti. Kerana dia dan Nur Sakinah yang merangka cadangan untuk makan bersama tengah hari itu. Dan dia perlu menceriakan suasana.

“Jom order! Kita order asam pedas kegemaran Nadia! Yayyyy..” Jerit Mutiara Hanani sambil menggoyangkan tangannya ceria. Nur Sakinah agak terkejut dengan kelakuan Mutiara Hanani yang baginya agak ‘overreacting’. Nampak obvious sangat sikapnya yang dibuat-buat.

“Ishhh kau ni..” Marah Nur Sakinah perlahan sambil tangannya mengacah mahu memukulnya dengan sudu yang sudah tersedia ada di atas meja. Fara Myra dan Ainah Shipah tergelak melihatkan Mutiara Hanani yang tersengih-sengih bagai kerang busuk.

“Kenapa? Betul lah asam pedas tu kegemaran Nadia..” Mutiara Hanani membela diri.

“Nadia mana makan pedas!” Kata Nur Sakinah separuh menjerit. Laju dia bangun sedikit dari duduknya dan memukul perlahan kepala Mutiara Hanani dengan sudu di tangan. Wajah Mutiara Hanani berkerut menahan sakit. Dia mengusap kepalanya sambil membuat muka eh-yeke?. Adnin Nadia hanya tersenyum. Mereka yang melihat senyum Adnin Nadia menjadi senang.

“Dah lah. Jom order. Kalau nak tunggu si Kinah dengan Ara ni habis, sampai esok pon kita tak lunch.” kata Fara Myra sambil mengangkat tangan memanggil pelayan. Nur Sakinah dan Mutiara Hanani hanya tersengih. 




**********



"Korang faham tak subjek Tort?" Soal Fara Myra. Dahinya berkerut. Saja dia mahu bertanya sambil menunggu makanan mereka sampai. Sememangnya dia agak kurang faham dengan subjek tersebut. Kadang-kadang apabila dia baca setiap satu case yang ada, agak berbelit-belit. Sekejap bersalah sekejap tak bersalah. Sepatutnya bersalah, tapi disebabkan sesuatu rule dia tak bersalah. Dia jadi pusing. Bagai mahu tercabut keluar otaknya memikirkan subjek tersebut.  

"Tort? Topic apa?" Nur Sakinah pula menyoal.

"Semua." Nur Sakinah membuat muka. Fara Myra tersengih. 

"Terangkan aku pasal Strict Liability. Aku agak samar-samar dengan topic tu." Pinta Fara Myra. 

"Malas dah aku nak terangkan kat kau. Menyampah. Suka main-main. Strict liability pon kau tak faham? Mesti kau tidur kan kat dalam kelas." Fara Myra hanya tersenyum simpul mendengarkan tekaan Nur Sakinah. Dia tidak menafikan. Bukan salah dia kalau dia tertidur. Its a nature. Dr. Sonny tu yang suka cakap banyak. Kelas habis pukul 1, pukul 1.05 baru keluar kelas. Ehe. 

"Strict liability tu, dia satu rule yang sangat strict tau. Tu je." Ujar Nur Sakinah. Dia ketawa mengekek. Mutiara Hanani juga Ainah Shipah juga tergelak. Adnin Nadia hanya mendiamkan diri. Memikirkan tentang undang-undang.

"Ish! Main-mainlah kau!"

"Meh sini la aku terangkan. Betul lah yang Kinah cakap tu. Dia rule yang sangat tegas. Walaupun kau sengaja atau tidak terhadap damage tu kau tetap bersalah, sebab memang dah terbukti damage tu datangnya dari kau. Term dia, walaupun defendan dah ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan damage atau risiko, he may still be found liable sekiranya dijumpai strict liability dalam case dia. Faham?" Mutiara Hanani cuba untuk menerangkan apa yang dia faham dan dapat di dalam kelas Dr. Sonny. Fara Myra menggelengkan kepala.

"Contohnya? Dia kan tak sengaja, dia boleh defense diri dia kan? Guna Act of God maybe?" Fara Myra menggaru kepala. Dah mula datang stress.

"Hah tengok tu. Siapa suruh cuti-cuti macam ni tanya pasal law?" Marah Nur Sakinah. Kalau boleh sebenarnya untuk seharian sahaja dia mahu lari dari subjek undang-undang. Tidak tahan dengan tekanan. 

"Macam ni, kau jangan fikir jauh sangat. Focus pada strict liability je. Act of God lain punya hal. Nanti kau balik bilik kau baca case Rylands v Fletcher dengan tenang dan teliti. Sekarang aku terang sikit je, al maklum lah aku nak bercuti tanpa law hari ni." ujar Nur Sakinah. Fara Myra mengangguk laju.

"Dalam case tu, Rylands, the defendant tu dia bina satu takungan dekat tanah dia, which contractor dia did not properly block lubang bawah, jadinya bila isi air, dia menyebabkan banjir dekat lombong plaintiff. Tanpa disengajakan. Tapi dia still liable sebab damage tu berlaku daripada takungan yang dia bina. Faham kan?" Fara Myra mengangguk faham. Dia tersenyum senang. 

"Undang-undang.." Adnin Nadia tergelak sinis. Terasa lucu dengan perkataan 'undang-undang'. Nur Sakinah, Fara Myra, Ainah Shipah dan Mutiara Hanani memandang tepat ke arah Adnin Nadia. Terkejut dengan Adnin Nadia yang tiba tiba bersuara.


"Kenapa?" Ainah Shipah menyoal. Dahinya berkerut. Sungguh dia tidak faham dengan Adnin Nadia saat ini. Kenapa jadi begini hanya  kerana peristiwa lepas?


"Untuk apa adanya undang-undang kalau manusia sendiri pon tak patuh.." ujarnya perlahan. Namun ayatnya tidak terhenti di situ.

"Undang-undang untuk apa? Bermacam undang-undang yang Malaysia ni ada. Tapi masih ada juga yang melanggarnya. Jadi untuk apa?" Suaranya agak meninggi. Namun bibirnya masih mengukirkan senyuman sinis. Dia menggeleng kepala. Tidak faham dengan kewujudan undang-undang. Belajar jurusan undang-undang sama sekali tidak mencukupi untuk seseorang itu faham erti undang-undang. Yang lain memandang Adnin Nadia penuh tanda tanya. 

"Undang-undang untuk mengawal manusia, Nadia. Mengawal sikap manusia yang kadang-kadang mengikut nafsu mereka. Dan pasti akan ada hukuman bagi mereka yang melanggarnya, kerana undang-undang telah menetapkannya begitu. Kalau tiada undang-undang di dunia ni, ia akan menjadi lebih teruk. Undang-undang juga untuk keadilan. Kenapa ni Nadia?" Mutiara Hanani mula bersuara. Jauh di sudut hati, dia gusar melihat Adnin Nadia yang secara tiba-tiba mempersoalkan undang-undang.

"Contoh! Undang-undang kata jangan rogol orang! Jangan bunuh orang! Jangan culik, rompak, menceroboh hak milik orang lain! Tapi kita tengok sekarang ni, adakah mereka mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan tu? Rogol sana sini, bunuh orang tanpa simpati. Macam-macam yang dah berlaku. mangsa terus menderita, si penjenayah masih lagi berlegar-legar di luar sana. Jadi dari mana datangnya keadilan tu?! Even kat UIA ni pon ada yang berlaku kan?" Pekik Adnin Nadia. Berang dengan jawapan yang diberikan Mutiara Hanani. Keadilan?? Dia mencebik. Adnin Nadia tersengih sinis kemudian dia ketawa memandang satu persatu wajah bingung rakan-rakannya. 


"Jadi jangan cakap soal keadilan depan aku!" Kasar suaranya. Fara Myra agak terkejut. Dia seperti mahu menangis. Dipegang erat tangan Nur Sakinah yang berada di sebelahnya. Mereka hanya mampu terduduk diam di situ. Terpaku. Tidak mampu berkata apa-apa. Orang sekeliling mula berbisik sesama mereka. Adnin Nadia laju melangkahkan kaki keluar dari restoran tersebut. Air matanya merembes keluar dari kelopak mata. Sungguh dia tidak suka bercakap soal keadilan dan undang-undang. Hatinya sakit. Mengenangkan si dia. Keadilan apa yang telah orang itu dapat dari undang-undang? Adnin Nadia menekup wajahnya.






-TBC-





Written by Qina Rusly at Saturday, June 08, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

3 comments:

  1. Apearl8 June 2013 at 01:45

    best. good job. saya suka dengan watak Mutiara hanani yang comel dan pandai tu. hihi. dah bagus. tak tau nak kritik apa. teruskan. teruskan lawyer...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Lutfi Azmi8 June 2013 at 16:27

    har har har . baru baca. maaf lambat . hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Unknown8 June 2013 at 18:42

    Awesome. It is a nice story about us. Still, aku tak paham pasai bab2 law walaupon kau bercerita dgn panjang lebar. haha

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Nak komen ke? ^^

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Roomate Potrait :3

Roomate Potrait :3

About Me

My photo
Qina Rusly
Assalamualaikum... Just simply one word that can describe me is 'SIMPLE'. Yeah.. Im a simple ordinary girl who is right now trying to be a perfect one, though human is not PERFECT. I am not too beautiful, and not too cute as well. Hiks >.< But I have a happy life though. I love writing! I love reading short stories and now I am working on creating a good one. Hopefully it would be a success, InshaAllah. I am 20. Single but not available. Still studying in IIUM, Gombak. Bachelor of Law.
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2015 (3)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2014 (3)
    • ►  June (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2013 (7)
    • ►  July (1)
    • ▼  June (2)
      • Bab 1 - The Secret
      • Chapter 2 - Blind Love
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (13)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer