Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah…
Dah berapa hari kita menjalani ibadah puasa?
Yup2! Dah 11 hari kan…
Alhamdulillh again…
Always say Alhamdulillah to show our gratitude towards
Him…=)
Dan beberapa hari yang lalu, saya berpeluang buat pertama
kalinya berbuka puasa di masjid UIA =’) atas ajakan roommate…Bersyukur sangat,
pergi bersama dengan kawan dia yang seorang lagi, jadi kami bertiga…
Jujur saya katakan, hadir satu perasaan yang luar biasa
dalam diri, rasa macam tak nak keluar dari masjid tu, nak duduk je kat
dalam…Dengan itu, saya memutuskan untuk berbuka di masjid setiap hari..=D
Kalau kita perasan, sebenarnya suasana Islam itu hanya
dapat kita rasa atau lalui ketika dalam bulan Ramadhan je, sebab hanya dalam
bulan Ramadhan ini lah muslimin wa mukminat sibuk memenuhi masjid menunaikan
ibadah, solat terawikh. Betapa ramainya manusia yang berpusu-pusu ke masjid,
sangat indah suasananya, dapat berbuka bersama saudara Islam yang lain walau
mungkin kita tak kenal, yang kita tak tahu pun kewujudan dia. Dapat kita
mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam…
Sebelum berbuka dengan juadah yang berat, terlebih dahulu
kami akan berbuka dengan buah kurma 3 biji, minum beberapa teguk air masak,
kemudian solat maghrib berjemaah, itupun sebenarnya dah cukup mengenyangkan
perut…betul…tak tipu…bagi orang yang macam saya lah,,yang berselera besar
tu,,lain lah kot, hehe
Kemudian, kami akan makan makanan yang disediakan oleh
masjid, Alhamdulillah sedap-sedap belaka makanan yang diorang bagi…dah kenyang
perut, kami solat isya’ dan terawikh pula…
Kita dapat lihat di sini, betapa indahnya Islam tu,
keadaan yang sebegini lah yang patut kita lalui bukan sahaja pada bulan
Ramadhan, tapi di bulan-bulan yang lain juga, saya bersyukur sebab dapat belajar
di UIA, saya terfikir, kalau, seandainya, sekiranya ditakdirkan saya dapat U
lain, dapatkah saya pengalaman yang macam ni?
Mungkin ya, dan mungkin juga tidak…
Jom kita sama-sama memperbanyakkan ibadah, supaya teguh
iman di dada, tebal keyakinan kepada Allah, dan lebih mencintai RasulNya…ibadah
biar ikhlas, niat hanya 1, inginkan keredaan Allah, dan bukan dengan niat menunjuk-nunjuk…
Semoga Allah menerima setiap amalan kita (^^,
Insyaallah…
Amin…