-->
skip to main | skip to sidebar

Qina Lee

Semua Kepunyaan aku, Hidup Aku, Diri Aku Adalah Milik ALLAH... Kerana Aku Adalah Hamba-Nya... Dan DIA Yang Hak Atas Aku =)

Random Quote

"In this life, we wont get all the things that what we expected we will get. Its 'EFFORTS' that's matters. And its depends on how hard we struggles and how many efforts that we put on it to achieves it. In the end, by all the sour bitter struggles that we have, there will be a sweet happy endings. Just don't ever give up. Allah is always there for us. He LOVES us. Trust me."

Words

Popular Posts

  • Chapter 1- Blind Love
                   S oyeon looked out of the windows. Its raining outside. She turned her head down and look at her wristwatch. Its 10 p.m....
  • Bab 1 - The Secret
                           Cuaca ni kadang panas. Kadang suam. Kadang pulak sejuk, dan ada juga pada suatu ketika cuaca itu nyaman. Kadan...
  • Bab 2 - The Secret
    Tubuhnya kaku. Dia menggeleng tidak percaya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Tubuh yang lengkap berbaju tidur labuh berwarna pink ...
gambling

31/07/2012

Nikmatnya berbuka di Masjid (^^,









Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah…
Dah berapa hari kita menjalani ibadah puasa?
Yup2! Dah 11 hari kan…
Alhamdulillh again…
Always say Alhamdulillah to show our gratitude towards Him…=)

Dan beberapa hari yang lalu, saya berpeluang buat pertama kalinya berbuka puasa di masjid UIA =’) atas ajakan roommate…Bersyukur sangat, pergi bersama dengan kawan dia yang seorang lagi, jadi kami bertiga…
Jujur saya katakan, hadir satu perasaan yang luar biasa dalam diri, rasa macam tak nak keluar dari masjid tu, nak duduk je kat dalam…Dengan itu, saya memutuskan untuk berbuka di masjid setiap hari..=D

Kalau kita perasan, sebenarnya suasana Islam itu hanya dapat kita rasa atau lalui ketika dalam bulan Ramadhan je, sebab hanya dalam bulan Ramadhan ini lah muslimin wa mukminat sibuk memenuhi masjid menunaikan ibadah, solat terawikh. Betapa ramainya manusia yang berpusu-pusu ke masjid, sangat indah suasananya, dapat berbuka bersama saudara Islam yang lain walau mungkin kita tak kenal, yang kita tak tahu pun kewujudan dia. Dapat kita mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam…

Sebelum berbuka dengan juadah yang berat, terlebih dahulu kami akan berbuka dengan buah kurma 3 biji, minum beberapa teguk air masak, kemudian solat maghrib berjemaah, itupun sebenarnya dah cukup mengenyangkan perut…betul…tak tipu…bagi orang yang macam saya lah,,yang berselera besar tu,,lain lah kot, hehe

Kemudian, kami akan makan makanan yang disediakan oleh masjid, Alhamdulillah sedap-sedap belaka makanan yang diorang bagi…dah kenyang perut, kami solat isya’ dan terawikh pula…
Kita dapat lihat di sini, betapa indahnya Islam tu, keadaan yang sebegini lah yang patut kita lalui bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tapi di bulan-bulan yang lain juga, saya bersyukur sebab dapat belajar di UIA, saya terfikir, kalau, seandainya, sekiranya ditakdirkan saya dapat U lain, dapatkah saya pengalaman yang macam ni?
Mungkin ya, dan mungkin juga tidak…

Jom kita sama-sama memperbanyakkan ibadah, supaya teguh iman di dada, tebal keyakinan kepada Allah, dan lebih mencintai RasulNya…ibadah biar ikhlas, niat hanya 1, inginkan keredaan Allah, dan bukan dengan niat menunjuk-nunjuk…

Semoga Allah menerima setiap amalan kita (^^,
Insyaallah…
Amin…
Written by Qina Rusly at Tuesday, July 31, 2012 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

30/07/2012

No more stress! Alhamdulillah...








          Assalamualaikum...=D

Sekarang ni terasa bagai seekor ibu gajah yang selama ni aku pikul kat bahu dah pandai berjalan sendiri...maksud dia, terasa beban aku sudah menjadi sedikit ringan...
Kenapa??
Sebab tadi dah selesai presentation Social Studies, sesungguhnya aku terasa sangat stress dengan presentation tu,, dan tadi...group kami yang 1st kena present...yayyy...
Masa madam panggil group kami, aku, em, aku, tak terkata..dalam hati aku..yaAllah, kenapa Kau buat aku macam ni?? di ketika itu dan di saat itu lah mata aku mula berair, aku yang tadinya sangatlah ceria mula didatangi awan mendung yang berarak gembira...

Ara cakap..
" cakap je pape, yang lain pun tak tahu nak cakap apa.."
Kelihatan sungguh kata-kata semangatnya di situ....
Farha cakap..
"kau baca je point kau, tak payah elaborate...aku pun sama...hee"

Jadi setelah sampai turn aku selepas Farha,...
Bagai suatu keyakinan yang tinggi datang tiba-tiba...(takde lah seyakin mana..)
Aku cakap apa yang patut aku cakap...
Baca apa yang berada di depan mata...
Baca major point yang ada...
Baca federal constitution yang berkaitan...
Without elaboration!
Just reading out the point...
Madam mintak conclusion...
Then, Madam suruh duduk..
The End..

Em, itu je??

Ok...
Alhamdulillah.. madam tak tanya apa-apa yang mengecutkan perut...
serta merta aku rasa ibu gajah dah turun dari bahu aku...
Ceria kembali menguasai diri...^^v

Jadi aku rasa ada hikmahnya Allah letakkan group kami as the 1st group yang present...cepat hilang stress aku...alhamdulillah...hee

Jadi InsyaAllah, no more stress lepas ni...
Kalau ada lagi stress..
I have a big umbrella that can be my shelter, an umbrella that can protect me..
Umbrella?
Yup, umbrella, which is Allah SWT =)

the end of the stress story ^^v
Written by Qina Rusly at Monday, July 30, 2012 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

29/07/2012

Help me please....





yaAllah...
Kau bantulah aku yaAllah dalam menghadapi kehidupan di dunia ini, kurniakan aku hidayahMu, petunjukMu, sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah lagi tak berdaya...

Orang kata, cuba cuba dan cuba..
Dan aku, tak tahu nak cuba macam mana lagi...
Mungkin aku masih belum cukup mencuba...
Mungkin...
='(
Macam mana kalau tengok je buku Law tu, tak sentuh pun, tapi dah cukup untuk membuatkan aku stress??
"Jangan ikut kan sangat perasaan tu.."
Em, ok.......
"Banyakkan beristighfar, ingat Allah, bukan ke Allah dah cakap, dengan mengingatiNya hati mu akan menjadi tenang,, jadi, ingati lah Dia,...itu hanya fikiran kau yang dah set kan kat dalam otak tu yang kau tak suka Law, cuba berfikiran positif, maka akan positif lah dia...cuba suka pada Law, tak rugi pun..."
Baiklah, terima kasih duhai hati =')...

Guide me please yaRabb...
I need Your help...
Give me strength to cope this matter...
Really need Your help...
I Believe that, only You can help me...
Only You...

Written by Qina Rusly at Sunday, July 29, 2012 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

27/07/2012

Ok, what's wrong with LAW?

my handsome father =D


Assalamualaikum..

I met my father yesterday, so excited, of course! Long time no see… smile never disappear from my face=))) we were gonna break fast together..,yayy.., alhamdulillah, after 3 days we keep waiting and waiting for him to come, and,
Heyy, I have decided to ask for his permission to change my course, I need to tell him about what I felt inside, and I will ask for his opinion, hope I will not let him down…
Yes, I was planning to change my course. Nekad.
And ,,

Belum pon sempat cakap apa-apa..

tiba-tiba..

*while driving
“dalam setahun hanya 350 student je yang diterima masuk as a law student, kau salah seorang darinya, jadi kau kena pertahankan, janganlah patah semangat, India, Cina, semua tu berebut-rebut nak jadi lawyer, tak pun doctor, tapi tak boleh, sekarang ni kau yang dapat, Allah dah pilih kau untuk belajar benda yang susah, law memang la susah, kalau masuk U tapi belajar benda yang senang nak buat apa, bagus la kalau orang tanya, macam mana belajar kat U? kau jawab susah, sama macam abang tu, cakap belajar susah, kenapa? Sebab dia belajar kedoktoran. Memang la susah. Belajar sampai nangis-nangis, baguslah tu. Kau kena pertahankan, berjuang habis-habisan, belajar betul-betul, biar lulus, bukan nak lulus je, tapi lulus cemerlang! Jangan patah semangat.”

Ok, did my mother already tell him??

But after hearing what my father say, em, tears falling down, deep in my heart,,, I’m sorry bapak coz I was planning to change my course, and I’m sorry for not try my best =’(

Point dia di situ?

Saya tak dapat nak tukar course…hee ^^v

Ok,
Em,
Bapak, don’t worry, I’ll try my best, I’ll make you proud one day,
Thank you for everything,
Everything that you have done for me,
Motivated me,
Lecture me,
It is for best.
I know.
I’ll not cry anymore because of LAW,
I’ll laugh with it.
Even it is pretty hard to understand LAW,
But, as I said, I’ll try my best.
Thank you Bapak.
And one more thing Bapak,,
Saya sayang Bapak kerana Allah. =’D
Written by Qina Rusly at Friday, July 27, 2012 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

06/07/2012

Memang aku LAW student pun.....






Bismillahirrahmanirrahim......
Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah kerana memberi aku peluang utk bernafas di muka bumi milik-Nya ini dan memberi aku peluang utk menulis di blog ini lagi..hee

Art and Environmental Design… Satu jurusan yang pernah aku sasarkan sebagai impian utama aku dulu… Dulu ye…Dulu… Em, ok, sekarang pun sama sebenarnya…^^v

Tapi sekarang aku berada di dalam dunia yang berbeza, jauh menyimpang dari apa yang aku bayangkan dan harapkan dulu… menjadi pelajar jurusan senibina… ketentuan Allah… kita merancang, tapi rancangan Allah itu jauh lebih hebat, dan Allah memberi apa yang terbaik untuk kita dan bukan apa yang kita mahu… Allah kan maha mengetahui… jadi aku cuba yakinkan diri aku, apa yang aku dapat ini adalah sesuatu yang terbaik untuk diri aku… I LAW STUDENT…
Impian untuk jadi arkitek aku buang jauh-jauh…jauhhhh…….-----------> ke langit
Aku cuba untuk menyesuaikan diri aku dengan Law… aku cuba yakinkan diri aku bahawasanya dan sememangnya aku suka belajar Law…
Memang sebenarnya aku ada pasang niat nak jadi Lawyer… tapi itu masa kecik… zaman budak… bila usia makin meningkat… impian mula berubah…
Aku pernah bercita-cita…
Nak design rumah untuk mak…
Nak tengok mak tinggal kat rumah yang aku design sendiri…
Nak bukak syarikat senibina…
Tapi seperti yang aku cakapkan awal-awal tadi… Allah punya perancangan lebih hebat… aku percaya kepada qada dan qadar-Nya…

Lalu dengan itu… biarpun mungkin Law tidak berapa nak mendapat tempat di hati dan sanubari aku ni,.. tapi bila dah lama dikelilingi dengan subjek-subjek Law yang mungkin agak memeningkan kepala, seperti, Legal System,  Social Studies, dan bermacam-macam jenis subjek lagi... aku mula rasa...Law ni ok la jugak...walaupun kadang-kadang selalu stress sebab tak faham apa yang madam ajar…
tapi ini adalah jalan yang Allah dah tulis untuk aku… jadi aku akan cuba yang terbaik…insyaAllah aku boleh…

Dan sekarang dengan bangganya aku katakan bahawa

I LAW STUDENT! yayyyyy

terima kasih Allah.....
Kau yg lebih memahami diri ini..
berbanding diri aku sendiri...
jadi aku terima dengan hati yg terbuka
atas jalan yg telah Kau tuliskan untuk 
aku...
aku memohon keberkatan dalam setiap
perkara yg aku terima dan lakukan..
keberkatan dalam pembelajaran..
keberkatan dalam persahabatan..
dan keberkatan dalam kehidupan..

Written by Qina Rusly at Friday, July 06, 2012 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Roomate Potrait :3

Roomate Potrait :3

About Me

My photo
Qina Rusly
Assalamualaikum... Just simply one word that can describe me is 'SIMPLE'. Yeah.. Im a simple ordinary girl who is right now trying to be a perfect one, though human is not PERFECT. I am not too beautiful, and not too cute as well. Hiks >.< But I have a happy life though. I love writing! I love reading short stories and now I am working on creating a good one. Hopefully it would be a success, InshaAllah. I am 20. Single but not available. Still studying in IIUM, Gombak. Bachelor of Law.
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2015 (3)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2014 (3)
    • ►  June (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  2012 (13)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ▼  July (5)
      • Nikmatnya berbuka di Masjid (^^,
      • No more stress! Alhamdulillah...
      • Help me please....
      • Ok, what's wrong with LAW?
      • Memang aku LAW student pun.....
    • ►  June (2)
Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer