-->
skip to main | skip to sidebar

Qina Lee

Semua Kepunyaan aku, Hidup Aku, Diri Aku Adalah Milik ALLAH... Kerana Aku Adalah Hamba-Nya... Dan DIA Yang Hak Atas Aku =)

Random Quote

"In this life, we wont get all the things that what we expected we will get. Its 'EFFORTS' that's matters. And its depends on how hard we struggles and how many efforts that we put on it to achieves it. In the end, by all the sour bitter struggles that we have, there will be a sweet happy endings. Just don't ever give up. Allah is always there for us. He LOVES us. Trust me."

Words

Popular Posts

  • Chapter 1- Blind Love
                   S oyeon looked out of the windows. Its raining outside. She turned her head down and look at her wristwatch. Its 10 p.m....
  • Bab 1 - The Secret
                           Cuaca ni kadang panas. Kadang suam. Kadang pulak sejuk, dan ada juga pada suatu ketika cuaca itu nyaman. Kadan...
  • Bab 2 - The Secret
    Tubuhnya kaku. Dia menggeleng tidak percaya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Tubuh yang lengkap berbaju tidur labuh berwarna pink ...
gambling

22/02/2013

Aduhai kakak senior ku~

Bismillah..

Assalamualaikum...

SILA BACA ENTRY INI DALAM KEADAAN SILENT...
NO VIBRATE ALLOWED.
SOMEONE NEED TO SLEEP.
THANK YOU... :P



Heyp! Heyp! Heyp!
Kenapa ni?? Bunyi bunyi sikit pun tak boleh tau... I need to sleep~ Zzzzz
Jangan bukak lampu! Its disturb both of us.. We need to sleep~ Zzzz

Aduhai kakak~ kakak oh kakak~ nampak tak saya panggil kakak?? Bermakna masih ada rasa hormat saya buat anda..
Kakak.. saya nak cakap.. Bila kita sudah tiada nafas yakni meninggal dunia.. Pada masa itu.. Tidurlah puas2 kakak.. Tiada manusia pun yg berani dan mahu mengganggu kakak..Sepi dan gelap sahaja di dalam sana.. Tiada lampu.. Tiada bunyi bising di waktu pagi... Hanya Malaikat Munkar dan Nakir sahaja yg datang mahu menjenguk keadaan di kubur..

Sebelum melangkahnya kaki saya menuju masuk ke bilik di Mahallah Sumayyah Blok E Al-Isra' 4.4 , banyak kali saya berdoa dalam hati..
" Ya Allah kurniakanlah kami rumate yg baik.. Yang dapat membimbing kami.. Yang sentiasa nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain..."

Masuk je bilik... Ooh.. Bilik masih kosong.. Rumate tak balik lagi.. Masih cuti.. Dalam hati.. Tak sabar nak jumpa rumate baru ! (>.<)
Tak lama selepas itu akhirnyaaaaa kami jumpa rumate baru kami :'D
Kami bertaaruf sebentar.. Tanya nama.. Thats all.. The end.

KEESOKAN HARINYA......
Ara dapat love letter dari kakak senior.. wuuuu~ ara suka la tu..
Love letter berbunyi begini..
 " Sister.. Please switch off your alarm.. Its too loud.. Dont make a noise.. And also dont leave your windows open to avoid from monkeys coming in.. I hope for your kind understanding.."
Oh.. Ok.. Masa mula mula baca saya agak tersentap seketika.. Tak sangka la pulak kan sampai nak tampal love letter kat atas meja khas untuk ara..
Dan tak lama kemudian.. Kakak sorang tu masuk compartment saya dan dia meluahkan kata kata indah cintanya pada saya pula..
Dia cakap macam ni tau.. terharu iols dibuatnya uols..
" Sister.. please dont switch on your lamp in the morning.. And dont make noises.. Only the slight of things will wake us up.. My friend over there (kawan dia compartment lain) really cant hear just a slight things.. "

Aduhaiii akak!! Saya bukak lampu nak buat kerja! Pukul 6.30 pagi dah kott time tu.. Nak solat sume.. Itu pun dah kira lambat la tu bangunnya...
Saya betul betul tak faham akan keadaan itu..
Semenjak peristiwa meluah perasaan cinta bagai sume tu.. Saya dan ara sentiasa berhati hati dalam berkata kata.. Cakap bisik bisik.. Kadang kadang kalau ada pape kami guna teknologi moden.. Mesej.. even kami satu bilik! Iron baju pun dalam gelap.. so sad ok~

Kawan kawan lain pun ada yang sebilik dengan kakak senior.. Tapi semua baik.. Rapat.. Serius saya sangat jeles bila dengar mereka bercerita pasal kakak senior mereka.. Ada yang first2 masuk bilik dah dapat hadiah... Rasa sayu pula bila teringat masa first2 kami masuk bilik dah dapat love letter...

Mereka semua ada tanya..
Kenapa tak lawan je kakak tu? Bila dia marah cakap je balik kat dia.. Ni bukan bilik dia sorang... Hm.. Satu je sebabnya... Sebab saya masih hormat dia sebagai kakak senior di UIA ni.. Dan kalau saya lawan.. Memang akan jadi kes polis nanti.. hahaha

Setelah 2 minggu duduk bilik bahagia itu... Terjadilah suatu kejadian yg memang saya tak akan lupa seumur hidup saya... Saya kena TENGKING! (>.<) sbb saya buat bising sangat kot T.T
Kejadian itu ada peringkatnya namun berlaku di hari yg sama... Di awal pagi yakni subuh hari.. dan kemudian ketika matahari sudah naik.. Umat Muhammad sudah bangun mengerjakan solat sunat Dhuha...

LEVEL 1 : Al kisah... Usai solat subuh.. Seperti kebiasaannya saya akan buka lampu study.. Dan mengaji Quran sebentar.. Suara sudah saya control semahu mahunya agar tidak terlalu kuat.. Takut mengganggu kakak senior di bilik sebelah... Terkejutnya tiba tiba kakak tersebut ada di tepi dinding compartment saya..
Hm.. Subuh subuh pun akak nk luah kata cinta ke?? hm.. hmm
" Boleh perlahan sikit tak? i really need to sleep.." Memang sangat terkejut bila dia kata macam tu.. Saya bukan melalak tak tentu pasal.. bukan menyanyi lagu yg entah pape pun kak... Astaghfirullah... Sabar saja hati..

LEVEL 2 : Jam 8 pagi... Kakak itu masih tidur.. Jadi janganlah berani berani kamu mahu berbuat bising! Ok.. saya nak iron baju :D nk keluar jalan jalan... Jadi saya pun memulakanlah kerja.. Buka loker ambik baju.. alih iron board.. iron baju.. Tengah seronok seronok iron baju.. Terdengarlah satu suara keras dari dalam bilik kakak tersebut.
"Sila buat kerja pelan pelan boleh tak??!"
Terhenti sebentar kerja ku.. And i said.. "Sorry......" tersentap.. Dan tak menyangka pula air mata mengalir...
Serius saya sangat sedih.. Memang salah saya kot buat kerja kasar kasar.. But at least jangan lah marah saya begitu.... Terasa sangat down sepanjang hari.. Dan saya bertekad utk keluar dari bilik... Untuk apa lagi mahu menetap di situ.. Nabi Muhammad SAW pernah berkata ketika peristiwa Hijrah.. "Berhijrahlah utk menjaga Iman mu"... Jadi saya mahu berhiijrah ke tempat lain.. serius rasa sangat tak tenang duduk dalam bilik tu.. Dan rasa tak boleh sabar... Setiap masa kena control diri dari buat bising.. Sedangkan bila bukak laci.. laci tu berbunyi.. bila bukak loker.. loker tu berbunyi...


Tapi bila pergi MO tanya pasal Application To Change Room.. Mdm tu kata dah tak boleh apply.. Dah lepas.. Say Whatt?? Sungguh rasa sangat hampa.. HAMPA..... Melangkah longlai balik bilik.. Tapi dalam hati.. Mesti ada hikmah ni kenapa Allah suruh dan buat saya menetap dalam bilik tu..

Beberapa hari kemudian.. Tengah duduk depan laptop.. Tiba tiba ara masuk bilik.. Cakap ada surat utk kakak tu.. Surat balas untuk tukar Mahallah..... Haa?? Serius?? kakak tu nak tukar mahallah? Tiba tiba rasa bersyukur.. haha

Kakak tu ok sebenarnya.. Cumanya masalah dia.. Dia tak boleh dengar benda benda bising masa dia tidur... Kadang2 dia share coklat dia.. Bila dia nak keluar dan akan balik lambat.. dia mesti akan inform kat kami...

Semoga selepas ini dia akan bahagia dengan rumate baru.. Dan rumate tu tak akan buat bising macam yg saya dan ara buat... Amin..

Written by Qina Rusly at Friday, February 22, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Nak komen ke? ^^

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Roomate Potrait :3

Roomate Potrait :3

About Me

My photo
Qina Rusly
Assalamualaikum... Just simply one word that can describe me is 'SIMPLE'. Yeah.. Im a simple ordinary girl who is right now trying to be a perfect one, though human is not PERFECT. I am not too beautiful, and not too cute as well. Hiks >.< But I have a happy life though. I love writing! I love reading short stories and now I am working on creating a good one. Hopefully it would be a success, InshaAllah. I am 20. Single but not available. Still studying in IIUM, Gombak. Bachelor of Law.
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2015 (3)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
  • ►  2014 (3)
    • ►  June (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2013 (7)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (2)
      • Aduhai kakak senior ku~
      • Saya budak DEGREE! weeee~
  • ►  2012 (13)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer