Laju langkahan kakinya. Dia tiada hala tujuan. Di mana-mana sahaja orang ramai pasti akan berbisik. Masakan tidak, mahasiswi tahun pertama ditemui mati di dalam kelas. Dan ia disahkan sebagai kes bunuh dan masih belum selesai hingga kini. Dia tidak sengaja. Matanya membulat saat teringat akan peristiwa itu. Tak! Bukan aku! Dia menggelengkan kepala. Aku tak salah. Bukan aku!
"Nadia.." Suara lembut dari arah belakang menyapa halwa telinganya. Bahunya dicuit lembut.
"Pergi!!" Pekik Adnin Nadia. Dia menoleh kebelakang. Ainah Shipah dan Mutiara Hanani tergamam. Melihatkan kemerahan mata Adnin Nadia mereka menjadi kecut perut. Adnin Nadia mula berang saat matanya memandang wajah Mutiara Hanani. Mutiara Hanani menjadi gentar. Tubuhnya menggigil. Pantas tangan Ainah Shipah dicapai lalu digenggamnya erat. Ainah Shipah memandang wajah Mutiara Hanani. Dia membalas genggaman.
"Nadia, kami tahu kau sedih dengan pemergian arwah, tapi jangan lah sampai jadi macam ni sekali. Kami pun kawan dia, kami sedih juga. Arwah sahabat yang baik. Apalah salah arwah pada dia hingga sanggup.." Kerongkongnya tersekat. Sebak didada tidak dapat ditanggung. Air matanya mula mengalir. Ainah Shipah mengelap air mata. Tidak mahu nampak lemah. Mutiara Hanani mengusap perlahan lengan Ainah Shipah. Dia turut sebak dengan pemergian mengejut Fara Myra. Sungguh dia tidak sangka. Hari itu saat mereka berjumpa arwah sangat ceria, bercerita itu dan ini. Sempat juga dia menceritakan soal crushnya yang baru. Pilu hati saat mendengar khabar mengejut itu. Siapa yang sanggup membunuh Fara Myra?
"Diam! Kau diam!!" Adnin Nadia menekup telinganya. Tidak mahu lagi mendengar kata-kata Ainah Shipah. Dia tidak suka. Dia menggelengkan kepala laju. Bukan aku. Kakinya mula melangkah laju pergi meninggalkan dua sahabatnya. Ainah Shipah dan Mutiara Hanani terpinga pinga.
"Nadia..." Panggil Ainah Shipah lemah. Matanya tidak berkelip dari memandang kelibat Adnin Nadia yang semakin hilang dari pandangan. Dia makin teruk... Ainah Shipah mula mengalirkan air mata. Mengenangkan keadaan mereka 4 sahabat. Mutiara Hanani disisi cuba menenangkan.
"Takpelah Ainah, jom kita pergi makan. Dia perlukan masa bersendirian." Ainah Shipah mengangguk lemah. Dia tersenyum tawar. Semenjak pemergian Fara Myra, Ainah Shipah sudah kurang selera makan, suka termenung sendirian kemudian menangis. Gusar hati Mutiara Hanani melihatkan keadaannya. Mutiara Hanani melepaskan keluhan saat fikirannya mula beralih pada seorang lagi sahabat mereka. Ya, Nur Sakinah. Dia kini sudah jarang sekali kelihatan. Mutiara Hanani faham keadaan Nur Sakinah kerana dialah yang paling akrab dengan Fara Myra memandangkan mereka berkongsi bilik. Saat mayat Fara Myra ditemui sebulan yang lalu, Nur Sakinah langsung tidak menitiskan air mata. Memang itu sikapnya yang Mutiara Hanani tahu. Bukan tidak sedih dengan pemergian sahabat itu namun kerana dia suka memendam rasa. Menyeksa jiwa. Tak mahu dianggap lemah di hadapan orang lain. Selama satu minggu Nur Sakinah tidak hadir ke kelas, mengunci diri di dalam bilik sehingga jatuh sakit. Mutiara Hanani dan Ainah Shipah jugalah yang datang membantu. Mujur ada surat cuti sakit, jika tidak pasti Nur Sakinah akan dikenakan tindakan.
Di suatu sudut mereka duduk termenung di situ. Masing masing mendiamkan diri. Entah apa yang bermain di fikiran mereka. Keadaan agak lengang di kafe HS. Ainah Shipah duduk mendagu disitu menghadap Mutiara Hanani. Pandangannya kosong. Sekosong hatinya tanpa kehadiran sahabat-sahabatnya yang lain.
"Sedihkan.." Mutiara Hanani bersuara. Ainah Shipah tersenyum hambar. Air mata mula bergenang. Sungguh dia sedih dengan keadaan mereka begini. Sungguh dia tidak menyangka keadaan begini akan menimpa mereka.
"Dia dah lain. Dia bukan kawan yang kita kenal dulu." Kata Ainah Shipah. Matanya dilepaskan jauh ke arah lain.
"Siapa?"
"Nadia..." Mutiara Hanani mengeluh panjang. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan perihal Adnin Nadia.
"Dia jadi macam tu sebab Yuna." Ujar Mutiara hanani perlahan. Fikirannya muka menerawang pada peristiwa 2 tahun lepas. Ainah Shipah mendengus kasar. Wajah Mutiara Hanani ditatap.
"Tak habis habis pasal Yuna. Dia dah tak ada."
"Ya, dia memang dah tak ada. Tapi dia masih hidup dalam hati Nadia." Itu yang Mutiara Hanani lihat dalam diri Adnin Nadia ketika ini. Hidupnya masih dibayangi gadis comel itu. Suatu tragedi yang menimpanya membuatkan dia kehilangan nyawa dan meninggalkan kesan mendalam di hati Adnin Nadia. Dia tahu betapa Adnin Nadia menyayangi Yuna. Masih dia ingat waktu mereka empat sahabat bersama-sama keluar berjalan di Masjid Jamek.
-
"Yang ini cantik!" Ainah Shipah bersuara teruja. Shawl berwarna peach yang bercorakkan bunga bunga kecil berwarna pink yang tergantung itu dicapai. Bersinar matanya membelek belek shawl tersebut lalu dipadankan pada Adnin Nadia disebelahnya. Adnin Nadia tersenyum. Dia mengangguk laju tanda bersetuju dengan pendapat Ainah Shipah. Suka hatinya melihat wajah gembira temannya itu.
"Cantik cantik! Tapi lagi sesuai dengan kau kot." Ujar Adnin Nadia. Shawl di tangan Ainah Shipah diambil lalu diperagakan di atas kepala Ainah Shipah. Adnin Nadia tersenyum manis. Pipi Ainah Shipah dicubit lembut.
"Kan betul. Sesuai untuk kau. Comel. Belilah, ramai yang terpikat nanti." Puji Adnin Nadia sempat lagi dia mengusik sahabatnya itu. Ainah Shipah memukul bahu Adnin Nadia. Malu apabila dipuji begitu. Di suatu sudut pula kelihatan Fara Myra dan Nur Sakinah sedang bertelagah. Mutiara Hanani entah hilang ke mana. Katanya mahu mencari beg. Beg galasnya yang sering dibawa ke kelas sudah terputus talinya. Ikutkan hati mahu sahaja dia menjahit semula tali yang terputus itu daripada membeli yang baru. Jimat duit. Lagipun jika mengikut pandangan matanya yang rabun itu beg galasnya itu masih berada dalam keadaan yang cantik. Namun dimarahi Adnin Nadia saat dia menunjukkan beg itu kepadanya. Beg sudah lusuh mahu dipakai lagi. Jadi terpaksalah Mutiara Hanani mengeluarkan duit untuk membeli beg yang baru.
"Belanjalah aku!" Paksa Fara Myra. Tudung jenis Akel ditangannya dikibar-kibarkan di hadapan Nur Sakinah. Nur Sakinah menjeling. Tak habis-habis nak memaksa.
"Tak nak! Pergi main jauh-jauh sana." Tangan Fara Myra ditolak ke tepi. Menghalang pandangannya dari membelek-belek tudung di tangan. Fara Myra mendengus geram.
"Belanja lah!" Paksanya lagi. Nur Sakinah tersenyum memandang Fara Myra. Dia menjelirkan lidahnya sambil menggelengkan kepala. Sungguh menyakitkan hati di pandangan mata bundar milik Fara Myra. Wajahnya masam mencuka. Tudung yang dipegang tadi dicampakkan semula ke tempatnya. Nur Sakinah ketawa melihatnya. Dia masih ingat janjinya untuk membelikan sehelai tudung buat Fara Myra. Upah untuknya kerana membasuhkan sebakul besar baju kotor dua hari lepas. Bukan dia malas, tetapi atas komitmen sebagai seseorang yang berjawatan di sebuah kelab bagi menguruskan aktiviti-aktiviti kelab membuatkan dia tidak punya masa untuk membasuh pakaiannya sendiri. Mujur Fara Myra sebilik dengannya dan memahami situasinya sebagai pelajar yang aktif. Pada dia sahajalah Nur Sakinah dapat meminta pertolongan. Tudung yang dicampak Fara Myra tadi diambil semula oleh Nur Sakinah.
"Yang ni tak cantik untuk kau. Tak sesuai. Yang ni cantik. Ambik yang ni ya." Ujar Nur Sakinah. Tanpa menunggu jawapan dari Fara Myra, tudung yang dikatakan cantik itu diserahkan pada si penjual tudung lalu dia membuat pembayaran. Fara Myra terpinga-pinga. Wajah Nur Sakinah ditatap penuh hairan. Nur Sakinah tersengih.
"Aku tak akan lupa janji aku. Nah, tengoklah." Kata Nur Sakinah. Tudung di dalam bungkusan dihulurkan pada Fara Myra.
"Terima kasih Kinah! Sayang kau." Fara Myra bersuara girang. Lengan Nur Sakinah dipeluk erat. Bila dah dapat apa yang dipinta, itulah aksinya. Buat buat manja. Tersenyum meleret Fara Myra. Bungkusan tadi dipegang erat. Tak perlu dilihat bagaimana rupa tudungnya. Dia tahu citarasa Nur Sakinah. Pasti cantik. Mata Nur Sakinah meninjau di sekitar kawasan kedai. Mencari teman-temannya yang lain. Matanya tertangkap pada sesusuk tubuh Ainah Shipah yang sedang membelek-belek wajahnya dicermin sambil menggayakan selendang. Adnin Nadia membantu dibelakang. Tanpa membuang masa, Nur Sakinah menarik tangan Fara Myra untuk mendekati Ainah Shipah dan Adnin Nadia.
"Wah! Enah cantiklah pakai selendang tu!" Nur Sakinah memuji. Entah dari mana dia datang tiba tiba sahaja muncul dari belakang membuatkan Ainah Shipah sedikit terperanjat. Automatik tangannya laju menyiku perut Nur Sakinah. Nur Sakinah mengerang kesakitan. Adnin Nadia ketawa disebelah.
"Mana kau tahu cantik. Kau tak nampak pun muka aku tadi." Sangkal Ainah Shipah. Tidak mahu mengaku diri sendiri cantik. Namun jauh disudut hatinya, dia mengaku dirinya dalam kategori 'boleh tahan'.
"Sebab kau pakai apa-apa pun tetap cantik." Puji Nur Sakinah lagi. Dia tersengih. Fara Myra mengangguk kepala tanda setuju. Merah wajah Ainah Shipah menahan malu.
"Oh yeke, terima kasih." Pujian Nur Sakinah disambut Ainah Shipah. Tersenyum simpul dia.
"Tipu je! Ahahaha!" Bulat mata Ainah Shipah mendengar kata dan tawa Nur Sakinah. Kelihatan Fara Myra dan juga Mutiara Hanani yang turut ketawa sama sambil menekup mulut mereka. Lawak sangatlah tu. Semenjak bila Mutiara Hanani berada di situ Ainah Shipah tidak tahu. Dia mengetap bibir. Sampaikan si penjual pun ketawa. Ini sangat memalukan. Argh! Dia ni selalu memainkan perasaan aku!
"Kinah!!" Jerit Ainah Shipah geram, namun dalam nada yang dikawal agar tidak terlalu kuat. Al maklumlah, dia sedar dia kini berada di tempat awam. Nur Sakinah bersembunyi di belakang Adnin Nadia. Ainah Shipah mendengus marah. Shawl yang masih di kepala ditarik kasar.
"Dah dah, Ainah. Hang memang super beautiful. Dont worry, be happy." Fara Myra bersuara dalam tawa. Ainah Shipah hanya diam membisu. Sakit hatinya dengan Nur Sakinah. Melihatkan Ainah Shipah yang tidak bersuara, mereka mula memandang antara satu sama lain. Tawa mula reda. Nur Sakinah menelan liur. Ainah Shipah sudah marah.
"Sorry Enah. Aku gurau je. Janganlah marah." Pujuk Nur Sakinah. Risau pula dia apabila Ainah Shipah hanya mendiamkan diri. Dia mendekati sahabatnya itu lalu didakap.
"Sorry sangat." Ucapnya lagi. Ainah Shipah masih juga mendiamkan diri tidak berganjak. Tidak berniat untuk memanjangkan rajuk lalu dia tersenyum. Hatinya memang lembut. Mudah memaafkan. Apatah lagi jika orang itu adalah sahabat dunia akhiratnya. Dia tahu Nur Sakinah hanya bergurau.
"Hm yelah." Ungkapnya ringkas. Dakapan dilepaskan. Mereka tersenyum. Adnin Nadia datang mendekati dan menepuk lembut bahu Ainah Shipah dan Nur Sakinah.
"Adik nak beli tak? Akak kasi kurang harga sikit." Kakak penjual tudung itu bertanya. Dari tadi dia memerhatikan gelagat empat sekawan itu. Membelek kemudian diletakkan semula ke tempatnya. Dialah yang akan datang mengutip untuk melipatnya semula dengan kemas. Kata itu cantik ini cantik. Belinya tidak. Sabar sahaja dengan kerenah pelanggan. Fitrah seorang peniaga. Tidak boleh merungut. Kalau asyik merungut sampai bila mahu berjaya? Kakak itu tersenyum manis. Mahu mengambil hati. Ainah Shipah tersengih. Dia menganggukkan kepala lalu shawl yang berada ditangannya diserahkan pada kakak itu untuk dibungkus. Selesai membuat pembayaran mereka pun keluar dari kedai itu dan meneruskan perjalanan. Masing-masing tersenyum ceria kerana berjaya membeli beberapa helai tudung. Hanya Nur Sakinah sahaja yang tidak membeli sebarang tudung kerana dia bertudung labuh. Kebanyakan tudung yang dipakai adalah hasil jahitan tangannya sendiri. Bukan tidak ada dijual tudung labuh yang sudah siap dijahit di pasaran, Nur Sakinah sahaja yang tidak mahu membeli. Katanya kain tudung tersebut tidak berkualiti dan potongannya tidak menarik. Langsung tidak berkenan di hati. Bukan itu sahaja, harga kain tudung yang belum dijahit lebih murah berbanding tudung yang sudah siap dijahit. Kerana itu dia lebih suka menjahit sendiri tudungnya.
"Nak pergi mana-mana lagi tak?" Soal Ainah Shipah. Sudah lama mereka berjalan sebenarnya. Kedai tudung tadi merupakan kedai yang ke-10 mereka kunjungi. Fara Myra menjungkit bahu. Dia lebih suka mengikut kata putus teman-temannya. Jika mahu pulang dia tidak kisah. Jika mahu berjalan lagi juga dia tidak kisah. Asalkan mereka bersama.
"Makan dulu boleh?" Mutiara Hanani bersuara dalam nada manja. Matanya dibulatkan. Tangan kanannya mengusap perutnya. Tanda lapar. Konon comel. Fara Myra mencebik. Nur Sakinah pula membuat aksi mahu muntah. Adnin Nadia dan Ainah Shipah hanya ketawa kecil.
"Sumpah mengada." Kata Adnin Nadia sambil ketawa. Mutiara Hanani tersengih.
"Ara buncit! Tadi kan kita baru lepas makan. Lapar lagi??" Fara Myra bercekak pinggang. Seingatnya mereka baru sahaja menjamah Subway di SOGO sebelum menyambung perjalanan ke kedai tudung terakhir yang mereka singgah sebentar tadi.
"Itu lain. Ni lain. Sekarang dah lapar balik. Huhu." Mutiara Hanani tersenyum simpul.
"Eeee mengadanya! Jomlah." Kata Adnin Nadia. Mutiara Hanani melompat kegirangan. Dah kenapa dengan budak ni? Sampai nak melompat bagai. Gumam Adnin Nadia di dalam hati. Namun dia senang berada di samping sahabat-sahabatnya. Melayan kerenah mereka yang pelbagai. Nur Sakinah suka mengusik, Fara Myra manja dan ceria, Mutiara Hanani pula terkenal dengan lawaknya yang spontan di kalangan mereka empat sahabat. Dan Ainah Shipah, dia seorang gadis lucu. Kadang-kadang ada sahaja perkara yang tidak dijangka yang dilakukan Ainah Shipah yang mengundang tawa mereka. Kerana itu Adnin Nadia suka keluar bersama mereka jika tekanan pelajarannya mula datang.
"Kepsi ya?!" Pinta Mutiara Hanani. Teman-temannya memandang wajah antara satu sama lain.
"Yelahhhh!" Jawab mereka serentak. Tahu sangat dengan makanan kegemaran Mutiara Hanani. Setiap kali keluar berjalan pasti itu yang dipintanya. KFC.
Makanan sudah sedia terhidang untuk dimakan. Kelihatan Mutiara Hanani begitu teruja. Sudah lama dia tidak menjamah KFC. Baru hari ini dia dapat menghilangkan rasa kempunan di hati. Sibuk dengan pelajaran sebagai pelajar undang-undang menyebabkan mereka tidak punya masa untuk keluar bersama bersuka ria. Dua minggu lagi akan ada peperiksaan jadi mereka memutuskan untuk keluar sebentar bagi menghilangkan tekanan yang ada.
"Ambikkan sos sayang, boleh?" Soal Ainah Shipah. Dia tersengih. Kedudukannya yang berada ditengah antara Adnin Nadia dan Fara Myra menyukarkan dirinya untuk keluar mengambil sos. Kebetulan Adnin Nadia yang paling hampir dan mudah untuk keluar mengambilkan sos.
"Tak nak." ujar Adnin Nadia sambil menjeling. Dia memandang semula ayam goreng di atas meja. Ainah Shipah disebelah tidak dihiraukan lagi. Matanya kini lebih fokus pada ayam. Dicuil sedikit ayam goreng itu. Kelihatan kepulan kepulan asap kecil keluar, terasa aroma ayam goreng kentaki menusuk hidung. Adnin Nadia tersenyum bahagia. Sempat dia menjeling pada Ainah Shipah. Masam mencuka wajahnya. Fara Myra, Nur Sakinah dan Mutiara Hanani pula sudah mula menjamah makanan mereka.
"Majuklah tu. Yelah aku ambikkan." Kata Adnin Nadia seraya bangun dari tempat duduk. Dengan kepantasan yang luar biasa Adnin Nadia sudah berada di tempat mengambil sos. Ainah Shipah tersenyum meleret.
"Terima kasih." Ucapnya saat Adnin Nadia meletakkan sos di sebelah pinggannya.
"Anything for you Ainah.." Adnin Nadia berseloroh. Ainah Shipah tergelak kecil. Nur Sakinah dan Fara Myra mencebik. Makin kuat pula Ainah Shipah ketawa geli hati melihat cebikan teman-temannya.
"Sayang nak sos tak? Saya ambikkan ya." Kata Fara Myra dalam nada mengejek. Suaranya dimanjakan. Lengan Nur Sakinah dicuit.
"Wah! Baiknya sayang nak ambikkan. Boleh boleh. Ambikkan ya. Saya nak sedulang sos ya sayang." Balas Nur Sakinah manja. Faham dengan permainan Fara Myra. Mereka ketawa. Mutiara Hanani pula sibuk dengan ayam gorengnya. Langsung dia tidak memberi sebarang reaksi. Sangat fokus menghadap ayam goreng kegemarannya. Ainah Shipah mengetap bibir. Geram dengan perlian Fara Myra dan Nur Sakinah. Laju kakinya menyepak kaki Fara Myra di bawah meja.
"Aduh! Siapa yang sepak ni?" Marah Mutiara Hanani. Matanya liar memandang wajah teman-temannya satu persatu. Ainah Shipah menekup mulut. Nur Sakinah dan Fara Myra menahan tawa. Tidak menyangka Ainah Shipah boleh tersalah menyepak Mutiara Hanani. Adnin Nadia terkebil-kebil.
"Sorry Ara! Aku tak sengaja, aku nak tendang kaki Fara sebenarnya!" Terang Ainah Shipah sambil menudingkan jari telunjuknya pada Fara Myra yang sedang mengekek ketawa bersama Nur Sakinah.
"Dah dah, korang ni tak habis-habis lah, asyik nak mengusik Ainah je. Depan rezeki pon nak mengusik. Aku siku sorang-sorang kang kejap lagi." Mutiara Hanani bersuara tegas. Dia mengenyitkan matanya pada Ainah Shipah. Ainah Shipah tersengih. Nur Sakinah dan Fara Myra terdiam. Tertunduk sambil menguis-uis ayam goreng di pinggan.
"Padan muka." Ejek Adnin Nadia perlahan, namun dapat didengari Mutiara Hanani.
"Kau pun sama je Nadia. Cepat makan, lepas ni terus balik." Adnin Nadia terdiam dan terus memandang ayamnya. Masing-masing hanya mendiamkan diri melayan makanan di atas meja. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi deringan telefon bimbit memecah sunyi. Adnin Nadia pantas mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Terlalu banyak barang yang disumbatkan di dalam membuatkannya sukar untuk menemukan telefon bimbitnya. Deringan terhenti. Adnin Nadia mengeluh namun dia tidak menghentikan pencariannya. Ainah Shipah disebelah mendengus.
"Itu lah, suka sangat simpan semua khazanah dalam ni. Tengok, confirmation slip pon kau simpan dalam ni. Ni resit bila? Tisu ni kau dah guna lepas tu kau buang dalam ni? Yang ini penutup botol apa?" Ainah Shipah membebel sambil menyelongkar beg tangan Adnin Nadia. Dia menggeleng kepala. Namun jauh disudut hati, dia merasakan perkara itu lucu. Adnin Nadia hanya tersengih. Telefon bimbit berdering lagi. Ainah Shipah cuba mencari getaran dari telefon bimbit. Dia mengeluh panjang kemudian memandang tajam wajah Adnin Nadia.
"Kau simpan phone dalam kotak pensel? Nah.." Ainah Shipah tidak memanjangkan bebelan memandangkan pemanggil di talian perlu dilayan dengan segera. Telefon bimbit Adnin Nadia dihulurkan dan diambil oleh pemiliknya tanpa banyak bicara. Ainah Shipah tanpa sengaja terlihat nama pemanggil yang tertera. Yuna? Tak pernah dengar pon nama tu. Suatu perasaan aneh mula menular dalam dirinya.
Dengan wajah risau yang sukar digambarkan Adnin Nadia bangun dari tempat duduknya dan berlari anak untuk membasuh tangan. Setelah selesai dia mendapatkan beg tangannya dan memasukkan telefon bimbitnya semula ke dalam beg tangan.
"Girls, I'm so sorry I have to go, thank you so much for today.." Ujar Adnin Nadia. Tanpa membuang masa dia terus berlalu pergi tanpa menoleh ke arah sahabat-sahabatnya yang terpinga-pinga dengan kelakuannya.
"Ehh, dah kenapa?" Soal Fara Myra. Terkejut dengan kelakuan Adnin Nadia yang tiba-tiba sahaja. Pelik. Siapa yang menelefonnya sebentar tadi hingga membuatkan wajah Adnin Nadia menjadi gusar. Sahabat yang lain hanya menjungkit bahu. Mood menjadi tidak ceria. Ainah Shipah hanya diam membisu, sungguh dia sakit hati dengan Adnin Nadia yang langsung tidak memandang wajahnya sebelum berlalu pergi. Tangannya digenggam kuat. Siapa Yuna?
****
Besen yang berisi air diletak tepi. Tuala kecil diambil kemudian direndam kejap ke dalam besen. Tuala kecil diperah lalu diletakkan ke atas dahi sesusuk tubuh yang kelihatan lemah di atas katil sambil matanya terpejam rapat. Tangannya perlahan menyentuh pipi gadis itu. Panas. Rambut gadis itu diusap perlahan, tidak mahu dia terjaga. Kedudukan selimut dibetulkan di atas badan gadis tersebut. Dia mengeluh kecil. Teringat saat gadis itu menelefonnya. Suaranya tidak berkata-kata, hanya hembusan nafas yang lemah kedengaran di talian. Itu yang membuatkan Adnin Nadia tekad untuk pulang dahulu ke UIA tanpa menunggu sahabatnya yang lain. Risau dengan keadaan si pemanggil. Baginya keselamatan gadis itu lebih penting. Mujur pintu bilik tidak berkunci saat dia sampai. Melihatkan Yuna keseorangan di dalam bilik sambil terbaring lesu di atas lantai sangat memeranjatkan dirinya. Rakan bilik Yuna semua pulang ke rumah memandangkan rumah mereka tidak jauh dari CFS IIUM. Tinggal Yuna keseorangan.
Barulah dia tahu kenapa Yuna bertegas tidak mahu mengikutnya berjalan di Masjid Jamek. Tidak sihat rupanya. Adnin Nadia mengeluh. Dia melihat jam di tangan. 4 petang. Pukul berapa aku sampai tadi? Dia tertanya. Fikirannya mula beralih pada sahabatnya yang ditinggalkan tadi. Dengan pantas dia mengeluarkan telefon bimbit Blackberrynya dan mendail nombor Ainah Shipah. Panggilan tidak bersambut. Dia mendail pula nombor Mutiara Hanani.
"Helloooooooo.." Kedengaran suara Mutiara Hanani menyambut panggilan. Adnin Nadia tertawa kecil.
"Assalamualaikum orang Islam, kat mana tu? Dah balik belum?" Soal Adnin Nadia. Mutiara Hanani ketawa mengekek dengan salam yang diberi temannya itu. Tersentap juga hatinya.
"Baru je sampai kat gate ni, Alhamdulillah Allah menyelamatkan perjalanan kami. Hoho. Yang kau ni kan, apa masalah kau? Kenapa kau blah macam tu je tadi? Apa salah kami sampai kau buat kami macam ni?" Mutiara Hanani mula berdrama. Suaranya kedengaran sedih sekali di hujung talian.
"Ada masalah tadi. Oh, Ainah mana? Aku call dia tak angkat."
"Ainah ada, dia merajuk dengan kau.." Bersahaja saja Mutiara Hanani mengungkap kata. Ainah Shipah yang berada di sebelahnya saat itu mencubit kuat lengannya. Mutara Hanani mengaduh kesakitan. Mendengarkan suara Mutiara Hanani itu, tahulah Adnin Nadia temannya itu ada disamping Mutiara Hanani. Dia ketawa.
"Kirim salamlah kat dia, bagitahu yang aku..." Katanya terhenti saat terpandangkan Yuna di sisi yang mula meragam sambil berkerut dahinya. Sakit sangat ke ni? Adnin Nadia risau.
"Hey, got to go. Bye."
Talian terputus.
"Yuna.." Panggil Adnin Nadia lembut. Tangannya mengusap kepala kawan kesayangannya itu.
"Mama.." Adnin Nadia mengeluh. Macam mana nak angkut mama awak ke sini. Namun sayu hatinya saat melihat wajah pucat Yuna. Fitrahnya anak apabila sakit pasti mahukan perhatian daripada ibunya. Oh kasihannya kau Yuna...
"Yuna, awak jangan sakit macam ni lama lama sangat, risau saya tau. Kalau mama awak tahu mesti dia pun risau. Cepat sembuh ya." Ujar Adnin Nadia. Kisah pulak dia kalau Yuna dengar atau tidak. Hatinya kuat mengatakan Yuna mendengar apa yang diucapkannya tadi. Adnin Nadia bangun dari katil. Namun tangannya ditarik lemah oleh Yuna. Terkejut juga Adnin Nadia dibuatnya.
"Jangan pergi, duduk sini.." Dengan mata rapat terpejam, dia bersuara lemah. Orang sakit memang perlukan banyak perhatian. Adnin Nadia tersenyum, tangan Yuna dipegang.
"Kalau saya dah tak tahan nak ke toilet awak nak buat apa? Dari tadi saya tahan ni. Mohon lepaskan saya sekejap." Adnin Nadia berseloroh. Yuna ketawa kecil, tetapi masih lemah tawanya dan dalam keadaan matanya terpejam. Namun itu sudah membuatkan hati Adnin Nadia gembira. Dia lega. Sungguh hatinya lega mendengar tawa Yuna. Yuna melepaskan tangan Adnin Nadia. Tanpa membuang masa Adnin Nadia terus berlari keluar menuju tandas.
--------------------------------

"Hai kamu berdua!" Sapaan tiba-tiba dari satu suara jejaka mengejutkan lamunan Ainah Shipah dan Mutiara Hanani. Mereka mencari-cari pemilik suara tersebut.
"Hei!" Suara itu menyapa lagi. Mereka toleh ke belakang. Ainah Shipah dan Mutiara Hanani membeliakkan mata. Sungguh mereka terkejut dengan kehadiran teman lama mereka itu yang sedang berdiri segak di hadapan mereka. Orang kuat dalam sebuah kelab yang sama-sama mereka kendalikan dulu sewaktu di Matrikulasi UIA. Namun mereka terputus hubungan setelah jejaka itu pindah ke sebuah universiti lain di Kuala Lumpur. Kecewa dengan UIA katanya. Orang lain berebut-rebut mahukan tempat di UIA, manusia ini pula mahu keluar. Itu yang mereka fikirkan saat jejaka itu memberitahu perihal perpindahannya. Tapi itu pilihannya sendiri yang mereka harus hormati.
"Adib!" Jerit Ainah Shipah dan Mutiara Hanani serentak. Mereka berdiri dari tempat duduk. Masih tidak percaya dengan kelibat di hadapan mereka saat ini.
"Hoi, tak perlu lah nak jerit bagai kan.." Adib Arsyad ketawa. Tidak menyangka pula kehadirannya di UIA membuatkan rakannya akan menjadi sebegini terkejut. Ainah Shipah dan Mutiara Hanani tersengih. Mereka duduk semula dan mempelawa Adib Arsyad untuk duduk sekali. Di saat itulah mereka baru perasan akan seorang lagi kelibat yang berjubah dan bertudung labuh yang setia berdiri di sisi Adib Arsyad yang tersenyum simpul.
"Siapa pulak ni Dib?" Soal Mutiara Hanani dengan reaksi wajah yang sangat pelik dan mencurigakan, terlintas difikirannya akan sesuatu, namun dia pantas mencantas fikiran itu. Adib kan... takkan lah... Fikir Mutiara Hanani. Ainah Shipah juga turut mempamerkan wajah curiganya.
"Lupa nak kenalkan kat korang, ni tunang aku. Aku datang sini nak jumpa dia lah sebenarnya, dia student sini, kau tak kenal ke Ara? Sama kos dengan kau lah, undang-undang, tapi dia ambil Shariah.." Terang Adib Arsyad. Dia memberikan isyarat pada tunangnya untuk duduk dan perkenalkan diri. Mutiara Hanani Dan Ainah Shipah melopong. Tunang?? Ini satu gurauan yang bukan gurauan.
"Student law?" Soal Mutiara Hanani pada gadis itu. Gadis lembut dihadapannya ditatap penuh takjub. Tunang Adib..
"A ah lah, student law, sama dengan kau. Dia Shariah. Tak kenal ke? Tak pernah jumpa? Terserempak ke.." Adib Arsyad mengulang kata. Agak pelik bagaimana satu kuliyyah tapi tidak pernah bertembung.
Mutiara Hanani mencebik, memang aku kenal pun semua budak yang ambik kos undang-undang kat UIA ni.
Mutiara Hanani tersenyum manis memandang tunangan Adib Arsyad itu. Dia menghulurkan tangan, begitu juga Ainah Shipah.
"Nama apa?" Soal Ainah Shipah pada gadis manis itu.
"Nama dia Rose Ezzaida, satu sekolah dengan aku dulu. Dulu dia ni ganas tau, tak lembut macam ni. Lepas dia lembut ni lah yang aku terpikat kat dia. Hahaha. Sekarang ni sejuk je mata memandang dia ni ha, pakai jubah, pakai tudung labuh. Seronok je tengok. Hahaha." Adib Arsyad mengekek ketawa. Rose Ezzaida hanya tersenyum simpul. Ainah Shipah memandang Mutiara Hanani dengan pandangan yang menjengkelkan.
"Hoi Adib, tunang kau ni bisu ke?" Terbeliak mata Adib Arsyad mendengarkan soalan dari Ainah Shipah. Merona merah wajahnya. Rose Ezzaida juga agak terpinga dengan soalan tersebut. Dia kata aku bisu??
"Hoi, sesuka je kata tunang aku bisu, dia normal lah!" Tingkah Adib Arsyad. Marah pula dia dengan pertanyaan yang tidak disangka dari Ainah Shipah. Ada ke patut kata tunang aku ni bisu. Sesuka dia je cakap macam tu. Bebel Adib Arsyad.
"Dah tu, dari tadi kami soal dia kau yang jawab kenapa gilaaa, panjang lebar pulak tu jawabnya.." Adib Arsyad tersenyum sumbing. Bagai kerang busuk sahaja. Rose Ezzaida di sebelah ketawa kecil. Dia terlalu teruja untuk memperkenalkan tunangnya buat kali pertama pada kawan-kawannya. Itulah sebabnya. Cadangnya mahu diperkenalkan di majlis perkahwinan nanti, namun tidak sangka bertemu mereka di kafe HS.
"Kos undang-undang la ni? Tak pernah pulak terserempak kan.. Ya Allah tak sangkanyaaa.." Mutiara Hanani melahirkan rasa tidak sangkanya. Masakan tidak, dalam banyak-banyak kos, dari budak kos undang-undang jugak yang boleh tersangkut hati dengan Adib. Mutiara Hanani ketawa terbahak-bahak dalam hati.
"Ya, kos undang-undang, berapa kali nak tanya?" Rose Ezzaida berseloroh. Ainah Shipah dan Mutiara Hanani berpandangan antara satu sama lain.
"Ehhhh, loyar buruknya tunang kau ni Adib.. tak padan dengan tudung labuhnya.. Hahaha," kata Mutiara Hanani sambil ketawa. Begitu juga Ainah Shipah. Buat seketika mereka seakan terlupa akan masalah dan kesedihan mereka dengan apa yang berlaku.
Dan tanpa mereka sedar, ada mata yang memerhati dari jauh....
-TBC-
No comments:
Post a Comment
Nak komen ke? ^^