Alhamdulillahhh... ^^
Mari kita menadahkan tangan sama sama kerana diberi oleh Allah SWT peluang untuk kesekian kalinya bertemu Ramadhan lagi tahun ini.. Alhamdulillahhhh :')
Secara rasminya, selesai sudah hari puasa pertama ni.. Takde sebarang kesusahan pon sepanjang menjaga perut ni. Walaupun banyak kali juga dia berbunyi hihi :3 cuma panasnya cuaca tu lah. Bahang dia, betul betul menduga haus tekak ni. Tapi itu adalah tarbiyah untuk diri, panasnya akhirat itu lebih luar biasa. Kan?
InshaAllah, semoga puasa hari esok juga tiada sebarang kepayahan. Banyakkan bersabar.
Bila dah masuk bulan Ramadhan ni, semua hanya fikir tentang larangan makan dan minum di waktu siang. Peritnya nak tahan lapar tu kan? Time bulan puasa ni lah rancangan rancangan kat TV tu banyak siaran pasal makanan, Moreh la, Juadah berbuka lah, Bazaar lah... Dugaan sungguh..
Tapi para muslimin muslimat sekalian, bukan makan minum je yang kita kena tahan tau... Tu, dua bijik kat muka tu.. Iyeee mata tu, jaga lah pandangan mata anda.. jaga mulut, kata kata kita tu, jangan kasar sangat, boleh membatalkan puasa tau.. Berkata benda yang tak elok, mendatangkan kemurkaan Allah SWT, jadi sia sia je puasa kita tu, penat menahan lapar je tahu? Jaga molek deh..
Ok kita listkan je lah larangan atau penjagaan yang perlu kita buat sepanjang Ramadhan ni selain makan minum..
* Jaga mata 👀
* Jaga molott👄
* Jaga perut
* Jaga nafsuuu🍖🍕🍝
* Jaga telinga👂 (dari perkara yang lagha)
* Jaga tangan👋 (tangan yang dok suka mencuri merompak tu, mohon jaga ya)
* Jaga ukhuwah👭👪👬
Jaga ukhuwah tu penting. Umat islam ni memang di haruskan meminta maaf pada setiap saudara islam yang dia kenali, sanak saudara dan sahabat handai. Sekiranya ada salah silap, minta maaflah, agar mudah ibadah kita di bulan puasa ni di terima Allah, inshaAllah.
Agaknya tu je lah. Sebab tu je yang sempat saya fikirkan buat masa sekarang ni. hehe. Kalau ada lagi tu boleh lah jaga jagakan ya.
Saya doakan agar kita semua umat Islam, ibadah kita diterima Allah seluruhnya. Dan semoga Allah memberi kita peluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ini hingga ke akhirnya. Dan bertemu lagi Ramadhan 2015 dan seterusnya. InshaAllah........ Sama sama kita berdoa ya :)

No comments:
Post a Comment
Nak komen ke? ^^